About Sulam Cabut Sarawak

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi/SMS Erpha di 014-5994 014 atau e-mel ke: erphaahdayani@yahoo.com

Sulam Cabut Sarawak (rujuk gambar pada Topik Hangat yang berlabel 'Sulam Cabut Sarawak') adalah sejenis sulaman tangan.  Orang terdahulu memanggil seni sulaman ini sebagai 'Cabut' kerana urat benang perlu 'ditarik' keluar dalam proses awalnya. 

Seni sulaman ini hanya terdapat di Sarawak dan kebiasaannya disulam pada Baju Kurung dan Baju Melayu.  Untuk Baju Kurung, ianya disulam pada kedua-dua hujung lengan dan kaki baju sementara bagi Baju Melayu pula ianya nampak unik bila disulam pada hujung lengan dan pada kocek. 

Sebelum membuat tempahan, sila baca info dan tips di bawah:

A)  Pemilihan Fabrik

Jenis fabrik yang digunakan merupakan elemen yang paling penting.  Baju yang telah siap dijahit tidak boleh lagi disulam Cabut memandangkan proses sulaman ini sebenarnya bermula dari memotong kain lagi. 

Baju Kurung

1.  Penggunaan fabrik polos biasa digunakan namun fabrik bercorak juga akan nampak menarik asalkan motif/corak fabrik tidak terlalu padat.
2.  Sulam Cabut tidak dapat dilakukan pada fabrik yang terlalu nipis seperti Chiffon.
3.  Secara umumnya, jenis fabrik yang terlalu berkilat akan menenggelamkan hasil sulaman Cabut.
4.  Kain yang mudah memeri (stretchy) harus dielakkan kerana hasilnya, sulaman Cabut akan mengecut.

Baju Melayu

1.  Secara umumnya, semua jenis fabrik polos yang sesuai untuk Baju Melayu juga sesuai disulam Cabut.
2.  Fabrik polos yang sederhana tebal seperti Koshibo dan tidak berkilat seperti Satin Saluna adalah fabrik yang paling sesuai.

B)  Membuat Tempahan

1.  Sila emel untuk membuat tempahan. 
2.  Fabrik akan diposkan kepada saya berserta contoh Baju Kurung/Melayu.
3.  Baju akan disiapkan.  Pembayaran dibuat.
4.  Baju akan diposkan kepada anda.

C)  Harga Sepasang Baju Kurung/Melayu Bersulam Cabut

1.  Harga dari RM250 - RM380.00 bergantung kepada jenis (pattern) Sulam Cabut tidak termasuk kos penghantaran.