10.4.11

Cowboy Shirt for Alif Harriz

Assalam...

I made this cowboy shirt right after returning from a three-day Promosi Jualan MARA in Miri.  Sewing is a great therapy for my stressful mind and my tired body.  Anyway, it's been a great experience to meet and to educate people what smocking is all about :-).

Back to the shirt, it was supposed to be a picture-smocked shirt with pictures of horses on it's yoke and back.  Material I used is US cotton plain blue and I used the red checker cotton I bought from Crafty Buddy .

It was supposed to be a long-sleeved shirt but alas!  This is size 4 (abandoned for so long, can you believe this?!) Since Alif Harriz (turns 7 this year) is a small (but tall) young boy, so hubby suggested short sleeves.  The right solution indeed! :-) 










This is the first time I make a boy shirt and I plan to make another one for him using the same pattern but this time will use denim and size 6.

His comment?  "Well done Mama!"

5.4.11

Baju Kurung Sulam Cabut untuk Cik Siti

Assalam...

Apa khabar pembaca blog semua?  Harapnya sihat2 lah yea... Kali ni Erpha nak kongsikan tempahan dari Cik Siti dari Seremban.  Rasa-rasanya ramai customer Erpha yang namanya bermula dari Siti, dan Cik Siti yang ni peramah lagi baik hati orangnya, :-).  

Material pilihan memang sangat sesuai untuk sulaman cabut sarawak ni, senang je nak handle, alhamdulillah... Thanks yea Siti! :-). 

Baju 1:  Baju Kurung bersulam Cabut Bunga Tanjung/Pucuk Rebung. 
Kain polos dipadankan dengan kain corak zigzag.




 
2.  Baju Kurung bersulam Cabut Kipas
Kain polos dipadankan dengan kain rona gelap corak 'paisley', cantik sangat.








Setakat ni je dulu k... Akan datang, Erpha akan share Baju Melayu dan Baju Kurung sedondon yang juga bersulam Cabut Sarawak ni. 

p/s:  Berangan-angan nak cipta design baru, tapi buat masa ni memang sangat sibuk, mudah-mudahan impian menjadi kenyataan... 










4.4.11

Baju Kurung Cotton

Assalam...

Selain daripada tempahan Sulam Cabut dan Smocking, Erpha memang menerima tempahan baju kurung tapi kebetulan pula dalam minggu yang sama, Erpha kena menyiapkan baju kurung, yang semuanya dari fabrik kain kapas!  Seronok sebab kain kapas ni senang nak handle semasa memotong dan jahit :-)

Baju Kurung 1: 
Sempat buat kemasan leher

Baju kurung cotton yang comel! :-)
 Baju Kurung 2:
Bunga-bunga kecil warna pink! :-)

Baju kurung dengan padanan kain pink polos
Baju Kurung 3:
Yang ni dipadankan dengan skirt khaki :-)

Simple finishing
Baju Kurung 4:
Yang bunga2 kuning ni dipadankan dengan kain A-line warna krim :-)

Yang simple ni untuk saya! :-)

Baju Kurung 5:
Yang ni baju Kurung polkadot untuk si cilik! :-)

Kemasan leher dengan warna sedondon
Baju Kurung 6:
Baju kurung cotton dengan corak yang sangat comel! :-) 

Perincian piping pada lubang leher
Setakat ni dulu yang sempat saya uploadkan... nantikan post Sulam Cabut untuk cik Siti dari Seremban.  :-)  Terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 blogger yang sentiasa menyokong dan juga kepada pelanggan2 saya yang rata-ratanya sangat kreatif dan understanding :-)

Bye!