9.1.11

Salam Pembuka Bicara 2011

Akhirnya, sempat jugak update blog ni.  Fuh, memang agak sibuk sejak kebelakangan ini dan ditambah lagi dengan kehilangan orang yang tersayang.  :-(

Di sini Erpha nak kongsikan lagi beberapa projek Sulam Cabut Sarawak yang dah siap..

Baju Melayu Bersulam Cabut ni Erpha buat khas untuk bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi... Pemilihan warna, putih dan gold dari fabrik Bridal Satin.  Yang putih dia nak Cabut Fadly dan yang warna gold tu Cabut Pucuk Rebung/Bunga Tanjung.  Jom cuci mata.





Kepada sweet N, selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh alam rumahtangga yang bakal menjelang.  :-)

Hari tu Erpha ada mention yang Erpha akan kongsikan Sulam Cabut yang baru.  Sebenarnya client Erpha ni bagi sample bajunya kat Erpha and suruh Erpha ikut sulaman tu.  Katanya, anaknya memang gemarkan pattern tu tapi sekarang baju tu dah tak muat lagi dah, mana taknya, baju masa dia kecik2 dulu.  :-)  So, Erpha tolong la buatkan. 

Sulaman ni secara asasnya seperti Sulam Cabut Pagar, cuma coraknya diubah sedikit, seperti bentuk piramid.  So, Erpha panggil je Sulam Cabut Piramid.  Kalau sesiapa yang tau nama sebenar sulam ni, boleh la bagi tau Erpha k? 





Sulam ni nampak lebih ringkas daripada pattern sulam cabut yang lain tapi memang mengambil masa untuk menyiapkannya sebab Erpha kena 'anyam' urat benang tu dan lebih mencabar lagi bila jenis kain tebal (tabik spring dengan orang lama).  Walaupun sukar, Erpha tak buat satu, tapi dua pasang baju bersulam Cabut Piramid nih... :-)

Baju biru ni, aunty dia yang punya...





Memang ramai yang sukakan kesan dramatik tapi tak kurang juga yang sukakan monochrome macam Cik puan S kita.  Nampak lebih natural bila blend dengan fabrik tu, lebih bersahaja dan klasik.  

Dah puas menjamu mata, diharap blog Erpha yang sederhana ni dapat memberikan inspirasi kepada semua.   Semoga tahun 2011 ni memberikan lebih makna kepada kehidupan kita semua dan sampai jumpa lagi...  Wassalam...