14.9.10

Sulam Cabut Raya

Salam Lebaran kepada semua pembaca...

Hari ni dah Raya ke-5... Rasa-rasanya Erpha dah kena mula kerja balik.. Tapi sebelum tu jom tengok antara baju-baju bersulam Cabut yang sempat Erpha ambik gambar.. :-)

Sulam Cabut 1: 
Sulam Cabut Kipas kali ni disulam untuk dipakai pada majlis akad nikah pada Syawal ini... Alhamdulillah, regular customer Erpha yang sangat sweet dan baik hati ni akhirnya telah mengakhirkan zaman bujangnya setelah bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hati. 


Material yang digunakan ialah satin berkilat warna 'champagne'.  Agak mencabar juga kerana selain berkilat, memang agak sukar mencari padanan warna 'champagne'.  Nasib menyebelahi kerana kain ni tak memeri so Erpha on je. 

Perincian manik dan labuci pada kain renda pengantin perempuan untuk dipadankan dengan Baju Melayu.


Pengantin lelaki gemarkan warna monochrome yang nampak 'natural' tapi sedikit menyerlah namun tak berlebih sangat.  Cam mane tu ek?  :-)



Sulam Cabut 2:
Yang ni Sulam Cabut Fadly...


Material ni berwarna merah cili.   


Sulam Cabut Fadly ni Erpha reka khas untuk Baju Melayu je.  Petak-petak yang lebih kecil digunakan agar tidak nampak janggal pada kocek Baju Melayu.

Cuba bandingkan perbezaan jenis Cabut yang digunakan pada warna fabrik yang sama:  :-)


Berbeza dengan Cabut Fadly tadi, Erpha gunakan benang berwarna kontras pula untuk Cabut Kipas ni.  View penuh pada post Pantun Raya. 

Rasanya ni je yang sempat Erpha kongsikan.  Masih ada lagi yang sedang dalam proses dan InsyaAllah kita akan bertemu lagi..

Salam sayang.

9.9.10

Pantun Raya

Salam semua...

Di pagi Raya kacak bergaya
BerCabut Kipas merah temanya
Aidilfitri kini menjelang tiba
terimalah ucapan Selamat Hari Raya

Gaya sedondon bereben merah
Melawat nenek jangan dilupakan
Hari Raya disambut meriah
Salah dan silap harap dimaafkan



Khas buat pembaca blog dan pelanggan Erpha, di sini saya ingin mengambil kesempatan menghulurkan sepuluh jari, memohon maaf sekiranya ada salah dan silap.  Terima lah ucapan Selamat Hari Raya dari Erpha sekeluarga. 

Untuk peminat seni sulam cabut, nantikan post Erpha selepas raya k... :)  Selamat Hari Raya!