Kali ni sekali lagi Erpha nak share satu lagi hasil kerja tangan Erpha, khas untuk client Erpha yang sorang ni.. Walaupun belum pernah lagi bertemu muka, melalui SMS dan cara dia bercakap Erpha tau dia ni memang sweet dan baik budi bahasa orangnya.
Pada awalnya dia nak Erpha buatkan sulam Cabut Fadly untuk baju kurungnya, tapi rasanya kurang sesuai kerana sulam cabut Fadly (adaptasi dari Sulam Bunga Tanjung/Pucuk Rebung) hanya sesuai untuk baju Melayu saja... so, Erpha gunakan pattern yang sesuai untuk Baju Kurung, iaitu Bunga Tanjung/Pucuk Rebung.
Kain yang digunakan ialah kain polos berwarna 'fuchsia', dari kain satin saluna, memang sesuai kerana urat kainnya yang sederhana padat... Faktor jenis kain memainkan peranan yang penting contohnya kain ni, hasil sulaman akan nampak timbul.
| Nampak tak lelubang di antara benang? :-) |
Kain polos fuchsia ni dipadankan dengan kain chiffon bermotifkan corak abstrak. Erpha gunakan benang sulam yang senada dengan 'swirl' pada kain iaitu, purple.
![]() |
| Baju Kurung bersulam Cabut ~ Full view |
Benang yang digunakan ialah DMC Perle warna purple bercampur putih (monochromatic).
| Hasil sulaman pada lengan dan kaki baju |
Beginilah rupanya hujung lengan Baju Kurung yang diberikan perincian sulam Cabut.
![]() |
| Hujung lengan |
| Pada kaki baju |
Dan pernah tak tengok sulam Cabut ni dalam corak dua tingkat? Erpha tunjukkan samplenya k... Untuk corak dua tingkat ni biasanya sesuai untuk disulam pada Baju Kurung dan mengambil masa lebih lama dari yang corak yang biasa... :)
![]() |
| Sulam Cabut Bunga Tanjung/Pucuk Rebung Double Layer |
Rasanya itu saja yang sempat Erpha kongsikan bersama kali ni. Di sini Erpha ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih dengan semua pembaca blog kerana sudi menjenguk blog Erpha. Kepada client Erpha, terima kasih kerana masih meminati warisan zaman silam yang unik ni. Harap akan berkekalan untuk tatapan generasi yang akan datang.
Kepada rakan2 yang pernah bertanyakan soalan dan mengusulkan untuk diadakan tutorial, Erpha dah cuba, namun Erpha memohon maaf banyak2 kerana memang sukar untuk membuat tutorial secara terperinci berkenaan sulam Cabut ni melainkan secara langsung. Apapun, Erpha bersedia untuk menjawab apa saja soalan berkaitan dengan sulam Cabut Sarawak.
Jumpa lagi dan selamat berkraf! :)





4 comments to make my day:
Erpha,
excellent work! Nampak halus dan detail. Memang cantik buat sulam ni pada kain polos.
erpha, cantik sungguh. telitinya hasil kerjatangan erpha.well done!
Yati and dura,
thanks! sulam ni pun sesuai untuk kain bercorak tapi yang tak busy sgt la.. btw Yati, benang2 dah sampai, tengkiu byk2! :)
Erpha,
Alhamdulillah, benang dah sampai. Cepat pulak kali ni ya. ^_^
Post a Comment