Erpha's Status: April - August 2012.

Tempahan ditutup buat sementara waktu. Terima kasih di atas sokongan anda. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, silalah SMS ke 014-5994 014 atau e-melkan ke erphaahdayani@yahoo.com.

Terima kasih.


16.7.10

Sulam Cabut Kipas

Salam kepada semua pembaca blog Erpha yang tak seberapa ni... minggu ni macam biasa jadual Erpha memang dah pack dengan baju2 Raya yang nak dijahit.  Selain daripada tu Erpha memang sibuk juga dengan tempahan Sulam Cabut dan smocking. 

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya bagaimana Erpha aturkan jadual jahitan Erpha... Erpha selalu kalau menjahit dengan mesin ni waktu siang hari je, hari bekerja menjahit, hujung minggu pula cuma boleh potong kain (time untuk family).  Malam Erpha tumpukan kepada jahitan yang melibatkan sulaman tangan seperti smocking dan sulam cabut.  Waktu sibuk2 begini, Erpha belum pernah lagi menjahit sampai jauh2 malam (alhamdulillah) sebab kesihatan pun kena jaga, time ni lah yang paling kritikal sebab kalau dah jatuh sakit kena ambik masa nak sembuh semula...

ok... ni ada beberapa keping gambar sulaman cabut kipas yang sempat Erpha ambik... Baju ni adalah khas untuk anak perempuan kesayangan client Erpha.  Dengar kata, anaknya amat meminati seni sulaman cabut ni...



Baju kurung ni plain maroon dan Erpha gunakan warna benang yang senada dengan warna kain batik corak pua kumbu, merah bata.


Erpha buatkan sekali kemasan di keliling leher...

Sambil2 tu Erpha sempat buat simple beading kat lengan baju ni...


Minggu ni Erpha cuba siapkan sulam cabut Pucuk Rebung pula... nanti kalau sempat Erpha akan uploadkan gambar k...

Salam sayang...

12 comments to make my day:

Yati said...

Cantik dan kemasnya jahitan Erpha!

Mila@Rimbun said...

salam erpha... sulam cabut kipas ni ler yg saya tak pandai2 nak buat. jenuh merenung sample yg kak ipar bg, tak dapat nak imagine camna nak buat.

d u r a said...

kagum sungguh tengok hasil kerja erpha. cantik & kemas! hanya org yg sabar & teliti boleh buat sulam cabut ni kan.

DIESHA said...

Salam Erpha...

Tahniah!bertuah sungguh Erpha ada bakat macam ni..bukan senang nak membuatnya...memang salute lah...

Erpha Ahdayani. said...

salam untuk Yati, Mila, Dura dan Diesha...

terima kasih la kerana sudi memberi komen yang amat positif. erpha menghargai semua komen dan cadangan dari semua rakan2 blog yang masing2 mempunyai bakat yang tersendiri dalam bidang seni jahitan ni... u all are very business-minded and so creative!

thank you! :)

Dda Ly said...

salam kak erpha, ade benda saye nak tye, berkaitan jahitan...arap2 kak erpha leh tlg...

saye baru beli buku a-z sewing for smockers,saye nak tau beberapa terms...

1- placket, n ape kegunaannye..
2-fabric keepers
3-hem
4- tuck

tolong ye kak...

Erpha Ahdayani. said...

salam Dda Ly,

bagi akak email address n nanti akak cuba jawab apa yang akak mampu jawab... hehe...

Dda Ly said...

lurve_83@yahoo.com

tnx kak erpha...:)

Anonymous said...

salam kak...kalau sulam kipas and sulam fadly brp akak caj?

Erpha Ahdayani. said...

anonymous,

Nak bj krg ke or bj mel? Sms akak kalau berminat k? Tq..

Anonymous said...

akak nk dua2...nk buat utk ry taun depan...perlu amik ms bp lame utk buat then kain jenis ape yg ok nk guna buat bj nia....ry nie nk buat p x tau kat mane...

Erpha Ahdayani. said...

ok... kalau untuk raya selalu nya memang awal2 lagi dah kena pos..

untuk jenis kain yg sesuai sila rujuk page 'sulam cabut' k...

jgn lupa bila nak tempah, email atau sms sy k.. tkut nanti saya terlepas pandang komen puan... tq...