26.10.10

Sulam Cabut Updates

Salam semua...

Rasanya dah agak lama tak blogging... maklum saja Erpha buat masa ni masih lagi sibuk menyiapkan tempahan baju-baju pelanggan... Tapi Erpha suka juga nak kongsikan projek yang dah siap... yang lain belum sempat lagi nak ambik gambar... harap pembaca tak jemu berkunjung ke blog Erpha yang seadanya ini... :)






Warna dark purple tu kontras dengan benang sulam yang Erpha gunakan tapi matching dengan kain, nampak dramatik kan? 

Untuk projek yang akan datang, Erpha akan ketengahkan sejenis sulam Cabut yang belum pernah lagi Erpha kongsikan di dalam blog ni... 

Sampai jumpa lagi... :)

9.10.10

Pyjamas, Baju Melayu and a Six-year-old Boy: Alif Harriz

Salam to all...

This post is dedicated to my son, Alif Harriz who celebrates his 6th birthday this week...



Six years back, the first clothes he wore when he was born was made by his mama and since then, Alif receives more handmades from mama...  It's trial and error but Alif still wear it happily!  :)


Even these tiny Baju Melayu with hand-embroidered bugs and sulam Cabut on the sleeves.


Each pair will always be personalised with unique embroidery.  Some are inspired by his favourite teddybear ~ Abang Howard.  And when he grow older, he requested his favourite warrior ~ Ultraman Cosmos!!!



And yesterday, mama received a package from May May Shop and let's see what's inside...

Whoa! So kawaii!  Surely mama will make another pyjamas for him!  Alif just loves vehicles! Thanks May!  There's little gifts for me too!  :) 

Happy Birthday son!  :)

Nice Photos! :)

Happy weekends to all...

Here are some photos of my client that we can share together.  Thanks to the very talented photographer, Mr. Muhammad for tagging me some of the beautiful photos.  For more photos you may check his blog out here




Nice!  :)

Selamat Pengantin Baru.. Semoga Bahagia ke Akhir Hayat... Amin.

14.9.10

Sulam Cabut Raya

Salam Lebaran kepada semua pembaca...

Hari ni dah Raya ke-5... Rasa-rasanya Erpha dah kena mula kerja balik.. Tapi sebelum tu jom tengok antara baju-baju bersulam Cabut yang sempat Erpha ambik gambar.. :-)

Sulam Cabut 1: 
Sulam Cabut Kipas kali ni disulam untuk dipakai pada majlis akad nikah pada Syawal ini... Alhamdulillah, regular customer Erpha yang sangat sweet dan baik hati ni akhirnya telah mengakhirkan zaman bujangnya setelah bertemu jodoh dengan jejaka pilihan hati. 


Material yang digunakan ialah satin berkilat warna 'champagne'.  Agak mencabar juga kerana selain berkilat, memang agak sukar mencari padanan warna 'champagne'.  Nasib menyebelahi kerana kain ni tak memeri so Erpha on je. 

Perincian manik dan labuci pada kain renda pengantin perempuan untuk dipadankan dengan Baju Melayu.


Pengantin lelaki gemarkan warna monochrome yang nampak 'natural' tapi sedikit menyerlah namun tak berlebih sangat.  Cam mane tu ek?  :-)



Sulam Cabut 2:
Yang ni Sulam Cabut Fadly...


Material ni berwarna merah cili.   


Sulam Cabut Fadly ni Erpha reka khas untuk Baju Melayu je.  Petak-petak yang lebih kecil digunakan agar tidak nampak janggal pada kocek Baju Melayu.

Cuba bandingkan perbezaan jenis Cabut yang digunakan pada warna fabrik yang sama:  :-)


Berbeza dengan Cabut Fadly tadi, Erpha gunakan benang berwarna kontras pula untuk Cabut Kipas ni.  View penuh pada post Pantun Raya. 

Rasanya ni je yang sempat Erpha kongsikan.  Masih ada lagi yang sedang dalam proses dan InsyaAllah kita akan bertemu lagi..

Salam sayang.

9.9.10

Pantun Raya

Salam semua...

Di pagi Raya kacak bergaya
BerCabut Kipas merah temanya
Aidilfitri kini menjelang tiba
terimalah ucapan Selamat Hari Raya

Gaya sedondon bereben merah
Melawat nenek jangan dilupakan
Hari Raya disambut meriah
Salah dan silap harap dimaafkan



Khas buat pembaca blog dan pelanggan Erpha, di sini saya ingin mengambil kesempatan menghulurkan sepuluh jari, memohon maaf sekiranya ada salah dan silap.  Terima lah ucapan Selamat Hari Raya dari Erpha sekeluarga. 

Untuk peminat seni sulam cabut, nantikan post Erpha selepas raya k... :)  Selamat Hari Raya!  

1.8.10

What a Mess!






Gotta clear it up!










That's more like it! :)

p/s:  don't hate me, i'm just a mama who missed all her toys!

Note:  Closet, couch and hangers are DIYs by dear hubby.  They are six years old now.  Old.

30.7.10

Sulam Cabut Lagi...

Salam pagi Jumaat untuk semua...

Kali ni sekali lagi Erpha nak share satu lagi hasil kerja tangan Erpha, khas untuk client Erpha yang sorang ni.. Walaupun belum pernah lagi bertemu muka, melalui SMS dan cara dia bercakap Erpha tau dia ni memang sweet dan baik budi bahasa orangnya.

Pada awalnya dia nak Erpha buatkan sulam Cabut Fadly untuk baju kurungnya, tapi rasanya kurang sesuai kerana sulam cabut Fadly (adaptasi dari Sulam Bunga Tanjung/Pucuk Rebung) hanya sesuai untuk baju Melayu saja... so, Erpha gunakan pattern yang sesuai untuk Baju Kurung, iaitu Bunga Tanjung/Pucuk Rebung.

Kain yang digunakan ialah kain polos berwarna 'fuchsia', dari kain satin saluna, memang sesuai kerana urat kainnya yang sederhana padat... Faktor jenis kain memainkan peranan yang penting contohnya kain ni, hasil sulaman akan nampak timbul.

Nampak tak lelubang di antara benang?  :-)
Kain polos fuchsia ni dipadankan dengan kain chiffon bermotifkan corak abstrak.  Erpha gunakan benang sulam yang senada dengan 'swirl' pada kain iaitu, purple.
Baju Kurung bersulam Cabut ~ Full view
Benang yang digunakan ialah DMC Perle warna purple bercampur putih (monochromatic).

Hasil sulaman pada lengan dan kaki baju
Beginilah rupanya hujung lengan Baju Kurung yang diberikan perincian sulam Cabut. 
Hujung lengan

Pada kaki baju
Dan pernah tak tengok sulam Cabut ni dalam corak dua tingkat?  Erpha tunjukkan samplenya k...  Untuk corak dua tingkat ni biasanya sesuai untuk disulam pada Baju Kurung dan mengambil masa lebih lama dari yang corak yang biasa... :)

Sulam Cabut Bunga Tanjung/Pucuk Rebung Double Layer
Rasanya itu saja yang sempat Erpha kongsikan bersama kali ni.  Di sini Erpha ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih dengan semua pembaca blog kerana sudi menjenguk blog Erpha.  Kepada client Erpha, terima kasih kerana masih meminati warisan zaman silam yang unik ni.  Harap akan berkekalan untuk tatapan generasi yang akan datang.

Kepada rakan2 yang pernah bertanyakan soalan dan mengusulkan untuk diadakan tutorial, Erpha dah cuba, namun Erpha memohon maaf banyak2 kerana memang sukar untuk membuat tutorial secara terperinci berkenaan sulam Cabut ni melainkan secara langsung.    Apapun, Erpha bersedia untuk menjawab apa saja soalan berkaitan dengan sulam Cabut Sarawak.

Jumpa lagi dan selamat berkraf!  :)

16.7.10

Sulam Cabut Kipas

Salam kepada semua pembaca blog Erpha yang tak seberapa ni... minggu ni macam biasa jadual Erpha memang dah pack dengan baju2 Raya yang nak dijahit.  Selain daripada tu Erpha memang sibuk juga dengan tempahan Sulam Cabut dan smocking. 

Mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya bagaimana Erpha aturkan jadual jahitan Erpha... Erpha selalu kalau menjahit dengan mesin ni waktu siang hari je, hari bekerja menjahit, hujung minggu pula cuma boleh potong kain (time untuk family).  Malam Erpha tumpukan kepada jahitan yang melibatkan sulaman tangan seperti smocking dan sulam cabut.  Waktu sibuk2 begini, Erpha belum pernah lagi menjahit sampai jauh2 malam (alhamdulillah) sebab kesihatan pun kena jaga, time ni lah yang paling kritikal sebab kalau dah jatuh sakit kena ambik masa nak sembuh semula...

ok... ni ada beberapa keping gambar sulaman cabut kipas yang sempat Erpha ambik... Baju ni adalah khas untuk anak perempuan kesayangan client Erpha.  Dengar kata, anaknya amat meminati seni sulaman cabut ni...



Baju kurung ni plain maroon dan Erpha gunakan warna benang yang senada dengan warna kain batik corak pua kumbu, merah bata.


Erpha buatkan sekali kemasan di keliling leher...

Sambil2 tu Erpha sempat buat simple beading kat lengan baju ni...


Minggu ni Erpha cuba siapkan sulam cabut Pucuk Rebung pula... nanti kalau sempat Erpha akan uploadkan gambar k...

Salam sayang...

11.7.10

Cross Stitch Projects

Salam...

I received these this week:

1)  Cozy Sewing Room cross stitch by Rozmaria





I've kept this for some time yet didn't have time to do, so I've asked my dear sister-in-law Rozmaria to do the cross stitch work for me ~ not bad for a first timer.  It's actually a stamped cross stitch but I decided to use Aida cloth instead of the muslin cloth which comes together with this set.  After Raya, I would just have to complete the rest i.e the backstitches, satin stitches, french knots etc.  I plan to hang this in my sewing room... :))))

2)  Mama Alif cross stitch chart by Yati


And this is the chart of my photo with my little buah, Alif Harriz.  I ordered this from Yati.  It's so comprehensive and the chart is very easy to understand!  Good work Yati! I was totally thrilled and couldn't wait to do this!

Dodo did his part in unpacking things (Alif was at school).  He was standing by and peeping... :)


As happy as I was, this week some clients were happy too as they have received their Smocking orders and Sulam Cabut orders.  

Next week, I'll be even happier when my first ever Silky Barbie arrives... whoaaaa!!!!yeaa!!! yahoooo!!!!!  



I'll upload the photos of my recent Sulam Cabut Kipas next week... till then, happy Sunday to all!!! 

9.7.10

Dapat Award! :-)))

Seronoknya dapat award ni, cantek, warna pink lagi.  Thanks Gaban !  :)


Dengan penuh ikhlas nya Erpha nak bagi Award ni dengan Kak Pah pulak...  Kak Pah, cuba baca kat award tu... it's you who deserves this award! :)

Thanks!

Fact about Gaban:

Dia kan Gaban... perwira yang selalu membantu orang dalam kesusahan...  :-))

Facts about me and my hobbies:

-  I love simple things in life. 
-  I run my business (hobbies actually) from home for almost 6 years now, since Alif Harriz was born.  

Kepada blogreader, buat masa ni Erpha sedang menyiapkan tempahan sulam cabut dan smocking.  Nanti bila dah siap Erpha akan letakkan dalam blog ni k...

Terima kasih daun keladi, lain kali singgah la lagi...

13.6.10

Pelanggan yang Dihormati...

Salam...

Di sini saya nak mengumumkan bahawa semua tempahan (sulam cabut, manik, pakaian dll) untuk Hari Raya adalah ditutup.  Jadi saya memohon maaf kepada pelanggan yang tidak dapat saya terima tempahannya.   Saya berterima kasih kepada pelanggan yang memahami situasi saya dan kepada pelanggan yang  marah2 dan merajuk tu, harap datang lagi lain kali dan jangan marah lama sangat, k?  :) 

Buat masa ni saya hanya menerima tempahan untuk selepas Raya.  Raya Haji kan tak lama lagi... Terima kasih banyak lah di atas sokongan anda semua..

7.6.10

Blaus Berlengan Belon untuk Mak Usu

Happy morning...

It's raining heavily outside and this just reminds me the day I bought my first ever A - Z of Smocking book.  The book is superb with beautiful illustrations and comprehensive guide for a self-taught smocker like me.

That was more than two years ago when I first learn smocking, and yesterday I manage to complete a simple blouse for my youngest sis, Farah aka Mak Usu.  She has been requesting a smocked blouse for so long and only a few months ago decided to have some smocking details on the sleeves...





I hope she will like it and wear this blouse at the uni. 

Right after finishing the project I rushed to complete (and it's done) some day curtains for my Project Room and the living room.  Phew!  What a day! But I'm :)

Next time, I'll try to upload my recent smocking project which is a smocked long dress.  Till then, happy sewing!