Salam all...
Sejak kebelakangan ni Erpha selalu menerima emel dari smocker friends bertanyakan tentang harga yang patut dikenakan pada gaun smocking yang dibuat untuk pelanggan. Of course kita tak mengenakan apa-apa bayaran pun jika kita hanya buat gaun smocking untuk ahli keluarga sendiri tapi masalah mula timbul bila ada pelanggan yang merungut tentang harga sepasang baju smocking yang mahal...
Well, ada jugak website yang menjual gaun yang berkedut seolah-olah meniru sulaman smocking (buatan mesin) dan dijual dengan harga yang murah, namun Erpha pasti pelanggan bijak memilih... bergantung juga dengan bajet masing-masing kan... Tapi apa yang Erpha nak emphasize di sini, you all smockers, you should be proud with your product! Smocking ni tersangat lah unik dan boleh dikatakan 'haute couture' (limited edition) jadi nilai baju smocking ni sudah tentulah didefinisikan pada harganya yang memang mahal...
Ok smockers... Di sini Erpha menjemput smocker friends untuk berkongsi dengan Erpha bagaimana Erpha meletakkan harga dan anda juga boleh bertukar idea macam mana nak tolong smocker friends kita yang underpaid... Kalau anda berminat, tinggalkan alamat emel anda di dalam comment atau emel kan pada Erpha input dan pendapat anda...
Setiap nilai sesuatu produk itu bergantung kepada faktor geografi (di Sarawak mungkin lebih mahal), kualiti, kos bahan mentah (fabrik dan lain2), caj perkhidmatan (in our case, smocking and embroidery itself dan upah menjahit gaun), masa yang diambil untuk menghasilkan dan lain-lain (cth, kos penghantaran).
Mungkin anda tidak perlulah terlalu spesifik dalam input yang diberi (cth, sulam bullion dari RM1.00 - RM2.00 sekuntum bergantung kepada saiz. Cth yang lain, caj smocking RM2.50 - RM3.00 untuk setiap baris).
Ok smockers... Emel lah Erpha for your input and opinion. It's time to unite!
16.12.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

8 comments to make my day:
i'm not a smocker..YET. will become one someday, insyaallah.
i pernah tengok, dress smocking yang pakai mesin pun harga dalam RM45 and above.quality memang tak cantik jika dibandingkan dengan handmade.
assalamualaikum wbt..
misa bukan smocker tegar.. hehe.. till today, cuma buat baju anak jer..
ada juga kawan tanye kalu nak tempah berapa.. tp tatau nak ckp ape.. lgpun lum kompiden nak amik tempahan...
kalau kawan2 diskas kat sini, boleh juga dijadikan rujukan.. ;)
Salam...
Sheila dulu boleh le dikatakan tegar juga hingga sabggup berjaga hingga 4-5 pagi untuk siapkan smocking dress... tapi sekarang dah kurang sikit due to kerja yg bertimbun-timbun... tapi sekali sekala tu ada lah smock untuk anak2, untuk melepaskan gian.. tapi majalah AS&E tu mmg tak lepas peluang utk membeli...
dulu2 tu Sheila kira mcm contoh yang erpha bagi tu..sulam bullion dari RM1.00 - RM2.00 sekuntum bergantung kepada saiz, caj smocking RM2.50 - RM3.00 untuk setiap baris... upah ni tak termasuk upah jahit baju dan juga harga kain...
Sheila prefer guna cotton, american/japanese/chinese.. sbb senang nak handle.. floss Sheila guna DMC & Anchor. Antara yoke & bishop, Sheila prefer bishop... Sepasang yoke biasanya Sheila ambil masa seminggu untuk siapkan (sangat le tak produktifnya kan???) manakala untuk bishop dalam 3-4 hari...
Kebanyakannya akan cakap smocking dress ni mahal, terutamanya bila ada smocking dress dari china/vietnam, tapi hanya jauhari yang mengenal menikam kan???
Buat kawan2 smockers sekelian...selamat ber'asap'.. once you start you'll never want to stop... good luck
Buat Erpha.. sheila suka dengan hasil kerja erpha terutamanya sulam cabut tu...unik dan kreatif.
Sehingga jumpa lagi, salam sayang daripada sheila...
tq pada akak yang bg pandangan...marilah share...teringin nak belajar...erpha banyak bantu..thanks..bagusnya erpha dapat share input tu kat sini...thanks again....
dearest all...
thanks very much for all the comments and opinion, sedikit sebanyak ada la jugak info yang dapat kan? so, smockers, talk about pricing, kalau berminat bole la email kat erpha dan erpha akan share info yang erpha dapat... bagi erpha sedikit masa k...
erpha,
dulu sy pun tegar jugak dalam `smocking' tp skrang dah cool skit. sy nak tanya sy tak pernah buat bishop krn bila pleat bishop selalu jarum rosak...sangkut kat tang lengan padahal sy dah gosok n jelujur dulu sebelum pleatkan dia.last2 kedut manual....penat tu...ada apa2 tip...tq
aida, lepas cantum lengan, overlock machine sekaligus, basi biar tak terlalu lebar, dlm 5mm je. Satu lg, pastikn semua kedutan release dr jarum bila nak sampai kat bhgn kelim yg tebal tu. Mcm tu jarum tak 'stress' sgt sbb cuma kelim tu je yg melalui jarum.
Kalau aida rasa kain agak tebal or keras, lebih baik cuci dulu, pastu gunakan plembut. Seterika sblm pleat pun boleh mbantu.
tq atas tip2 yg sangat berguna tu...
Post a Comment