Many have emailed asking questions.. er... like the following. Assuming that you already know the troubleshooting and basic steps of pleating and smocking, let's check what I normally do..
1. How do you get prepared for pleating?
Step 1 - Masukkan benang ke mata jarum pengedut dahulu.
Step 2 - Tarik urat benang secara melintang dan gunting mengikut urat benang untuk mendapatkan garis lurus.
Step 3 - Seterika kain yang hendak dikedut, walaupun ia tidak terlalu berkedut (wrinkles).
Step 4 - Gulung kain pada kayu penggulung dengan memastikan bahagian tepi sebelah atas kain (top raw edges) sentiasa lurus.
Rasional kain digulung kemudian adalah supaya kain boleh terus dikedut setelah digulung dan keputusannya anda akan mendapatkan hasil kedutan yang lurus dan tidak senget.
2. Do I have to treat thin fabric differently?
Kain nipis yang lembik menghasilkan terlalu banyak kedutan yang tidak kukuh. Sulaman smocking nampak tidak kemas jika dibandingkan dengan kedutan yang kukuh. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh semburkan kain dengan campuran kanji dengan air (spray starch) agar kain menjadi keras sedikit sebelum mengedut.
Satu lagi cara ialah dengan melekatkan kain gam (fusible interfacing) yang paling nipis pada sebelah dalam kain sebelum mengedut (untuk kain yang sangat nipis). Anda akan mendapati setiap kedutan menjadi lebih kukuh dan senang disulam sementara hasil sulamannya pula lebih terserlah.
3. The best preparation for very thin fabric with a lining.
Bagi kain nipis seperti Polycotton atau cotton voile, pilihan terbaik ialah dengan mengedut kain tersebut dengan kain lining (terbaik cotton lining) sekaligus. Hasilnya, kedutan lebih stabil dan senang untuk disulam.
4. What about crispy fabric like organza?
Gabungan kain organza dan kain biasa menghasilkan gaun smocking yang sesuai untuk majlis2 istimewa. Cara terbaik ialah dengan menggunakan cara 3 di atas. Selain itu, anda juga boleh mengedut dengan menggandakan jumlah jarum pengedut iaitu 'half space' (instead of full space) supaya hasil kedutan tidak menggelembung (puff out).
5. For a closely-spaced pleating, 44" or 59" wide fabric is better?
Bidang kain yang biasa digunakan ialah 44". Untuk menghasilkan kedutan yang rapat-rapat, anda gunakan bidang kain 59", namun bidang kain 44" boleh juga menghasilkan kedutan yang rapat-rapat (see my next project 'Bittersweet & Hard Candy' very soon) dengan menarik benang kedutan (unpicking) 5 ~ 6cm dari kedua-dua belah tepi kain (side seam). Pilihan yang terakhir ialah dengan menyambungkan fabric dan helaian kain lain sebelum mengedut.
6. What does a dummy do in making smocked gown?
Patung yang saya panggil dummy ni adalah sebenarnya dinamakan 'toddler dress form', merupakan pelaburan yang paling penting bagi seorang tukang jahit. Fungsinya ialah untuk memadankan pakaian semasa proses menjahit. Badannya yang diperbuat daripada kayu, dilapis dengan span nipis dan dibalut dengan kain jersi memudahkan 'test-garmenting' kerana kain boleh dipinkan padanya. Dress form bukan 'display mannequin' seperti yang terdapat di butik2 pakaian tetapi ia juga boleh berfungsi seperti 'display mannequin'.
Disebabkan harganya yang agak mahal cuba cari saiz yang sesuai digunakan untuk semua, contohnya saya beli dress form saiz 5 tahun untuk baju smocking saiz 4 - 7 tahun. Berbaloi kan?
7. Secrets to succesful smocking?
Ceraikan setiap floss benang sebelum disatukan semula mengikut jumlah floss yang diperlukan.
Selalu mulakan sulaman dari tengah2 (centre) panel smocking.
Gunakan benang yang pendek (>< 30cm). Jangan gunakan lebihan benang yang sama untuk memulakan sulaman smocking yang baru. Mematikan benang adalah lebih baik daripada meneruskan sulaman tetapi dengan benang yang sudah lusuh. Mematikan benang pada 'cable' adalah lebih bijak daripada mematikan pada 'trelis'.
8. The number of floss I should use?
Gunakan 2 floss untuk 'backsmocking'. Secara amnya, gunakan 3 floss benang untuk smocking biasa, 4 floss benang pada kain yang coraknya padat (busy) dan 6 floss benang untuk 'picture smocking'.
9. What is the price of a handsmocked and hand embroidered gown?
Di Sarawak, harga sepasang gaun smocking (tidak kira umur dan saiz) boleh mencecah hingga ratusan ringgit. Harga menyulam smocking dan upah menjahit dikira secara berasingan untuk mendapatkan harga sebenar. Selain itu, material yang digunakan juga mempengaruhi harga gaun tersebut. Kualiti jahitan dan kualiti sulaman adalah yang paling dititikberatkan.
10. Last but not least (a personal question for me). What is your age?
I understand why people email and ask me this question. Even in other counties like US and Australia, not many young people enjoy this hobby and willing to learn, some not until they have their own little babies. It normally grannies smock for their grandchildren.
If you are young and passionate in this hobby, raise your hand and pat your shoulder. Be proud smockers! In the meantime, grannies... please continue with your smocking and pass your skill to us!
Ohoh! I forgot! I am 32. hehe...
28.11.09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

5 comments to make my day:
saya byk belajar dari erpha..thanks erpha!!!!
terima kasih utk tips yg berguna..
;)
how wonderful u sharing some info. i never do smocking but i'm sure who does will really appreciated these :)
to Pianina and misa, thanks and if you have other tips, lets share too...
to Alviana, thanks for dropping in..
memang 'bionic woman' lah kak erpha ni........your touching memang perggghhhhhhhhhhh........sangat halus dan seni......terima kasih sudi kongsi ilmu yang amat tak ternilai..........
Post a Comment