Erpha's Status: April - August 2012.

Tempahan ditutup buat sementara waktu. Terima kasih di atas sokongan anda. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, silalah SMS ke 014-5994 014 atau e-melkan ke erphaahdayani@yahoo.com.

Terima kasih.


16.10.09

Me, Myself & My Smocking Magazines... (Part 3)

Untuk bahagian terakhir ini, jom kita jenguk-jenguk sebahagian lagi majalah kesayangan Erpha ni.

Sepintas lalu
Untuk pengetahuan rakan blog, bukan semua keluaran majalah terdahulu (Back Issues) AS&E merupakan Rare Issue. Ada pemilik kedai yang tidak tahu nilai majalah ni namun ramai juga yang meletakkan harga yang tinggi pada majalah terdahulu yang sebenarnya bukan dikategorikan sebagai Rare Issue. Jadi berhati-hatilah semasa membeli AS&E di kedai k...

Secara peribadi, Erpha suka sangat pada projek smocking yang ada dalam isu-isu 60-an kerana ia lebih bersifat 'tradisional' berbanding dengan keluaran 70-an dan terkini yang bercirikan moden dan kontemporari. Namun itulah yang dikatakan perubahan...

Jadi, mungkin koleksi yang anda miliki kini bakal menjadi Rare Issue dan harganya pun akan menjadi lebih mahal. Dan jika anda ternampak isu 60-an terjual di pasaran dengan harga biasa, jangan berfikir dua kali untuk mendapatkannya kerana sekarang ia sudah menjadi Rare Issue! Tidak lupa juga isu 70-an yang bakal menjadi Rare Issue tidak lama lagi.

Bercakap tentang isu 60-an dan 70-an ni, jom kita lihat di antara isu yang menjadi kegemaran Erpha...

Rare Issue #65
Erpha telah menyiapkan 2 projek smocking untuk anak-anak buah Erpha daripada isu ini. Erpha juga telah menyiapkan sehelai gaun smocking yang dihadiahkan khas sempena kelahiran baby selebriti kesayangan Erpha.

Rare Issue #60
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui rahsia Picture Smocking yang cantik, bolehlah mendapatkan petua berguna yang terdapat di dalam isu ni.
















Rare Issue #67
Isu ni popular dengan rekaan bishop ala oriental hasil rekaan orang Malaysia! Isu ni memang unik dan tersendiri.


















Di bawah ni Erpha sertakan isu-isu 70-an yang dijangka akan menjadi Rare Issue:
Issue #73 ~ Menampilkan stail klasik dan moden.

Issue #78 ~ Majalah pertama Erpha! Rekaan smocking yang unik, dan penuh dengan perincian yang tiada tandingannya. Setiap kali Erpha menatap helaiannya, terimbas kenangan silam pertama kali Erpha mengenali smocking.

Issue #79 ~ Isu ni mengetengahkan banyak projek smocking untuk anak gadis. Rekaan memang komplikated dan cantik!
Ada lagi... jom tengok isu-isu all time favourite Erpha!


Rare Issue #46 ~ Need I say more? Cantik!


Rare Issue #49 ~ Selain daripada rekaan smocking yang cantik, berguna kepada sesiapa yang nak tahu tentang smocking.


Issue #56 ~ Ketahui rahsia bagaimana menghasilkan sehelai gaun smocking yang sempurna daripada seorang pakar!
Issue #74 ~ Best, best dan best!
Issue #75 ~ Banyak memberi idea untuk menghasilkan pakaian smocking untuk baby...


Dan akhir sekali, check out the spine untuk isu-isu 80-an. Kecuali Isu#81, yang lain semuanya dah berlabel bermula dari Isu #80.
Ok ok, got to stop! Good luck to you all!

7 comments to make my day:

Pianina said...

hi erpha,
byknya majalah smocking awak..saya baru ada 7..awak tahu mana nak beli online tp harga murah?saya beli di MPH..tp x byk stok..

naiz said...

wahh banyaknye koleksi mag smocking. Tentu banyak ilmu dipelajari didalamnya. naiz tak de satu pun. he.he... apa pun kalau dapat tentu naiz tak ketinggalan membelinya. caiyookk!

Erpha Ahdayani. said...

Salam pianina...

boleh check www.countrybumpkin.com.au.. good luck!

Naiz...

Ganbatte!

HaNy said...

wahh erphaa...banyaknyerr...hany pun dok hunting mag yg lama-lama tuh..tapi payah nak jumpa laa...erpha jumpa kat mana ek?

Erpha Ahdayani. said...

Salam Hany...

Erpha jumpa kat banyak tempat, kat kedai buku dan online. Ada jugak Erpha jumpa kat kedai yang jual peralatan menjahit...

dura said...

erpha..banyaknya majalah smocking. i pun ada collect magazine juga tapi mostly on sewing in general.

anyway sangat kagum dengan hasil kerja erpha. halus & teliti. erpha mmg telented la.. nak link your blog to mine ya.

p/s i love your barbie dolls collections too :)

Erpha Ahdayani. said...

Salam kenal dura.. :) Erpha buat projek yang biasa2 aje... hasil kerja dura apa kurangnya.. cantek..