Erpha's Status: April - August 2012.

Tempahan ditutup buat sementara waktu. Terima kasih di atas sokongan anda. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, silalah SMS ke 014-5994 014 atau e-melkan ke erphaahdayani@yahoo.com.

Terima kasih.


10.10.09

Me, Myself and My Smocking Magazines... (Part 1)

Artikel ini ditulis khas untuk rakan-rakan blog yang sedang mencari-cari rujukan yang paling sesuai, paling lengkap dan paling tepat untuk memulakan atau mengukuhkan pengetahuan tentang smocking.

Salam semua...

Dah lama Erpha berhasrat nak kongsikan serba sedikit tentang koleksi majalah dan buku-buku smocking Erpha ni...


Erpha mula mengumpul majalah Australian Smocking & Embroidery (AS&E) ni semenjak Januari 2008 sehingga sekarang. Dan untuk koleksi Erpha yang ke-41 ni (Issue #88) hati Erpha gembira sangat kerana gambar hasil smocking dan tulisan Erpha telah diterbitkan di mukasurat 5 majalah tu! Happyyy sangat!!




Bagi yang nak berjinak-jinak dengan hobi yang unik ni, jom kita tour!

Langkah Pertama
Sekiranya anda berminat nak tahu segala-galanya tentang smocking, dan sukar pula untuk berguru, Erpha recommend buku ni sangat-sangat:

Oops! Bukan yang ni... :D


Ok, yang ni. Layak dengan tagline nya yang berbunyi 'Everything You Ever Wanted to Know About Smocking'. Buku ni memang boleh dikatakan 100% lengkap dan baru-baru ni buku ni telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu yang sememangnya semakin memudahkan.

Langkah Kedua
Bila dah berjaya buat asas smocking, anda mungkin memerlukan contoh-contoh projek dan saya sangat mengesyorkan agar anda mendapatkan majalah smocking Australian Smocking & Embroidery. Setiap projek memang lengkap dengan arahan, pattern dan cara-cara menjahit. Ini akan dikupas kemudian.

Langkah Ketiga
Tapi kalau nak puas hati lagi, anda bolehlah mendapatkan buku ni sebagai panduan menjahit pakaian yang sudah dismocking:

Buku ni memberi kita panduan lengkap tentang teknik-teknik menjahit gaun smocking agar ia menjadi sehelai gaun yang indah bukan sahaja kerana corak smockingnya tapi dilengkapi perincian lain seperti kolar Peter Pan, lengan bergelembung dan lain-lain.

Langkah Keempat

Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Gaun smocking lebih terserlah keindahannya jika dihiasi dengan sulaman bunga-bungaan bullion. Majalah smocking ada memberikan panduan namun sekali lagi, jika anda betul-betul nak 'conquer' ilmu ni, anda bolehlah mendapatkan buku ni:




Buku ni mendedahkan bagaimana dengan mempelajari teknik asas sulaman bullion sahaja, anda mampu menghasilkan pelbagai jenis sulaman seperti bunga-bungaan, buah-buahan, serangga, binatang, dan banyak lagi.


Langkah Kelima
Ok, bila dah buat banyak projek smocking, sesekali anda mungkin terfikir untuk mengubah stail atau mungkin mengadaptasi pattern asal. Ini tentu sekali akan melibatkan teknik jahitan. Untuk memastikan hasil kerja tetap cantik (gaun smocking yang cantik ialah gabungan smocking dan teknik jahitan yang halus), anda boleh menghasilkan gaun seperti seorang profesional melalui buku ini:
Buku ni mengupas tentang tektik-teknik asas jahitan (yang semestinya lengkap) seperti cara-cara memasang zip sembunyi, cara-cara menjahit facing dan lining, kemasan kolar dan sebagainya.

Benarlah kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau dah minat, carilah dan pelajari ilmu itu sampai betul-betul boleh buat. Kenalah 'invest' sikit bagi yang berminat. Sesungguhnya ilmu Allah itu ibarat lautan di muka bumi ini... yang mampu kita terokai hanyalah setitis daripadanya... Marilah kita sama-sama explore...

Akan datang: Jom kita cuci mata koleksi majalah Australian Smocking & Embroidery Erpha, koleksi 'Rare Issue' yang Erpha ada dan kisah di sebalik majalah kesayangan Erpha.

5 comments to make my day:

naiz said...

wahh Erpha..besnye...byk btoi koleksi buku2 smockingnye.. thanks sudi kongsi info, naiz sedang berjinak2. plan nak cr yg a-z smocking dulu. bes..bes..bess..

Erpha Ahdayani. said...

Naiz...

Ganbatte kata org jepun! Cayuk2!

Sharifah said...

tahniah erpha .... ur so talented in sewing n writing..... best nyer if artikel dapat disiarkan kannnn

tahniah k dear... n banyak nyer bukuuuuuu. kakpah ade la sikit jek :)

Pianina said...

Erpha,
semua buku nih beli di countrybumpkin online?

Erpha Ahdayani. said...

Pianina...

Tak semua buku ni Erpha beli secara online.. ada yang Erpha dapat dari kedai buku dan kedai yang menjual peralatan menjahit...