16.10.09

Me, Myself & My Smocking Magazines... (Part 3)

Untuk bahagian terakhir ini, jom kita jenguk-jenguk sebahagian lagi majalah kesayangan Erpha ni.

Sepintas lalu
Untuk pengetahuan rakan blog, bukan semua keluaran majalah terdahulu (Back Issues) AS&E merupakan Rare Issue. Ada pemilik kedai yang tidak tahu nilai majalah ni namun ramai juga yang meletakkan harga yang tinggi pada majalah terdahulu yang sebenarnya bukan dikategorikan sebagai Rare Issue. Jadi berhati-hatilah semasa membeli AS&E di kedai k...

Secara peribadi, Erpha suka sangat pada projek smocking yang ada dalam isu-isu 60-an kerana ia lebih bersifat 'tradisional' berbanding dengan keluaran 70-an dan terkini yang bercirikan moden dan kontemporari. Namun itulah yang dikatakan perubahan...

Jadi, mungkin koleksi yang anda miliki kini bakal menjadi Rare Issue dan harganya pun akan menjadi lebih mahal. Dan jika anda ternampak isu 60-an terjual di pasaran dengan harga biasa, jangan berfikir dua kali untuk mendapatkannya kerana sekarang ia sudah menjadi Rare Issue! Tidak lupa juga isu 70-an yang bakal menjadi Rare Issue tidak lama lagi.

Bercakap tentang isu 60-an dan 70-an ni, jom kita lihat di antara isu yang menjadi kegemaran Erpha...

Rare Issue #65
Erpha telah menyiapkan 2 projek smocking untuk anak-anak buah Erpha daripada isu ini. Erpha juga telah menyiapkan sehelai gaun smocking yang dihadiahkan khas sempena kelahiran baby selebriti kesayangan Erpha.

Rare Issue #60
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui rahsia Picture Smocking yang cantik, bolehlah mendapatkan petua berguna yang terdapat di dalam isu ni.
















Rare Issue #67
Isu ni popular dengan rekaan bishop ala oriental hasil rekaan orang Malaysia! Isu ni memang unik dan tersendiri.


















Di bawah ni Erpha sertakan isu-isu 70-an yang dijangka akan menjadi Rare Issue:
Issue #73 ~ Menampilkan stail klasik dan moden.

Issue #78 ~ Majalah pertama Erpha! Rekaan smocking yang unik, dan penuh dengan perincian yang tiada tandingannya. Setiap kali Erpha menatap helaiannya, terimbas kenangan silam pertama kali Erpha mengenali smocking.

Issue #79 ~ Isu ni mengetengahkan banyak projek smocking untuk anak gadis. Rekaan memang komplikated dan cantik!
Ada lagi... jom tengok isu-isu all time favourite Erpha!


Rare Issue #46 ~ Need I say more? Cantik!


Rare Issue #49 ~ Selain daripada rekaan smocking yang cantik, berguna kepada sesiapa yang nak tahu tentang smocking.


Issue #56 ~ Ketahui rahsia bagaimana menghasilkan sehelai gaun smocking yang sempurna daripada seorang pakar!
Issue #74 ~ Best, best dan best!
Issue #75 ~ Banyak memberi idea untuk menghasilkan pakaian smocking untuk baby...


Dan akhir sekali, check out the spine untuk isu-isu 80-an. Kecuali Isu#81, yang lain semuanya dah berlabel bermula dari Isu #80.
Ok ok, got to stop! Good luck to you all!

11.10.09

Me, Myself and My Smocking Magazines... (Part 2)

Salam semua...

Jom kita terus tinjau-tinjau koleksi Majalah smocking Erpha. Disebabkan hakcipta terpelihara yang membataskan Erpha untuk menyiarkan kandungan mukasurat majalah ini, Erpha cuma boleh berikan gambar muka depan majalah kesayangan Erpha nih...

Sejarah Ringkas
Pada awal penerbitannya, majalah hitam putih yang dulunya dikenali sebagai Australian Smocking ini mula diterbitkan pada tahun 1987. Kemudian, nama telah ditukarkan kepada Australian Smocking & Embroidery sehinggalah ke hari ini. Dengan keluaran terkini iaitu Issue #88, AS&E tetap menjadi bahan rujukan utama kepada peminat seni sulaman smocking di seluruh dunia.

Istilah Penting
Selain daripada isu terkini dan isu terdahulu (Back Issues), terdapat beberapa keluaran majalah AS&E yang dikategorikan sebagai 'Rare Issue'. Rare Issue adalah keluaran majalah terdahulu yang jarang didapati, atau tidak lagi diulangcetak namun, sentiasa mendapat permintaan daripada peminat smocking disebabkan oleh projek smocking yang terdapat di dalam majalah tersebut.

Bagi Erpha, setiap keluaran AS&E adalah unik kerana smocking sememangnya sebuah seni sulaman tangan yang tak lapuk dek hujan dan tak pula lekang dek panas. Jom kita tengok sebahagian daripada koleksi Rare Issues Erpha...

Sulam Cabut Sarawak ~ Cabut Pagar

Hi all...


I've finished yet another Sulam Cabut which I call 'Cabut Pagar'...



I used blue-grey satin saluna for this Baju Kurung to match with its Indonesian Batik skirt...



The basic technique is similar to Cabut Kipas but the embroidery technique itself is much simpler than Cabut Fadly or Cabut Kipas. The embroidery technique is called 'needleweaving' in certain European countries. I used three strands of DMC stranded cotton, and stripping each floss before combining them again and start doing the needleweaving.




If you look at the embroidery closely, this design is pretty much look like our traditional balustrade...

The finishing detail is two rows of feather stitches; similar to Cabut Kipas. I tried triple feather stitch but double feather stitch look more original and more beautiful.

Phew! Hope my client'll like the outcome. :)

10.10.09

Me, Myself and My Smocking Magazines... (Part 1)

Artikel ini ditulis khas untuk rakan-rakan blog yang sedang mencari-cari rujukan yang paling sesuai, paling lengkap dan paling tepat untuk memulakan atau mengukuhkan pengetahuan tentang smocking.

Salam semua...

Dah lama Erpha berhasrat nak kongsikan serba sedikit tentang koleksi majalah dan buku-buku smocking Erpha ni...


Erpha mula mengumpul majalah Australian Smocking & Embroidery (AS&E) ni semenjak Januari 2008 sehingga sekarang. Dan untuk koleksi Erpha yang ke-41 ni (Issue #88) hati Erpha gembira sangat kerana gambar hasil smocking dan tulisan Erpha telah diterbitkan di mukasurat 5 majalah tu! Happyyy sangat!!




Bagi yang nak berjinak-jinak dengan hobi yang unik ni, jom kita tour!

Langkah Pertama
Sekiranya anda berminat nak tahu segala-galanya tentang smocking, dan sukar pula untuk berguru, Erpha recommend buku ni sangat-sangat:

Oops! Bukan yang ni... :D


Ok, yang ni. Layak dengan tagline nya yang berbunyi 'Everything You Ever Wanted to Know About Smocking'. Buku ni memang boleh dikatakan 100% lengkap dan baru-baru ni buku ni telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu yang sememangnya semakin memudahkan.

Langkah Kedua
Bila dah berjaya buat asas smocking, anda mungkin memerlukan contoh-contoh projek dan saya sangat mengesyorkan agar anda mendapatkan majalah smocking Australian Smocking & Embroidery. Setiap projek memang lengkap dengan arahan, pattern dan cara-cara menjahit. Ini akan dikupas kemudian.

Langkah Ketiga
Tapi kalau nak puas hati lagi, anda bolehlah mendapatkan buku ni sebagai panduan menjahit pakaian yang sudah dismocking:

Buku ni memberi kita panduan lengkap tentang teknik-teknik menjahit gaun smocking agar ia menjadi sehelai gaun yang indah bukan sahaja kerana corak smockingnya tapi dilengkapi perincian lain seperti kolar Peter Pan, lengan bergelembung dan lain-lain.

Langkah Keempat

Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Gaun smocking lebih terserlah keindahannya jika dihiasi dengan sulaman bunga-bungaan bullion. Majalah smocking ada memberikan panduan namun sekali lagi, jika anda betul-betul nak 'conquer' ilmu ni, anda bolehlah mendapatkan buku ni:




Buku ni mendedahkan bagaimana dengan mempelajari teknik asas sulaman bullion sahaja, anda mampu menghasilkan pelbagai jenis sulaman seperti bunga-bungaan, buah-buahan, serangga, binatang, dan banyak lagi.


Langkah Kelima
Ok, bila dah buat banyak projek smocking, sesekali anda mungkin terfikir untuk mengubah stail atau mungkin mengadaptasi pattern asal. Ini tentu sekali akan melibatkan teknik jahitan. Untuk memastikan hasil kerja tetap cantik (gaun smocking yang cantik ialah gabungan smocking dan teknik jahitan yang halus), anda boleh menghasilkan gaun seperti seorang profesional melalui buku ini:
Buku ni mengupas tentang tektik-teknik asas jahitan (yang semestinya lengkap) seperti cara-cara memasang zip sembunyi, cara-cara menjahit facing dan lining, kemasan kolar dan sebagainya.

Benarlah kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau dah minat, carilah dan pelajari ilmu itu sampai betul-betul boleh buat. Kenalah 'invest' sikit bagi yang berminat. Sesungguhnya ilmu Allah itu ibarat lautan di muka bumi ini... yang mampu kita terokai hanyalah setitis daripadanya... Marilah kita sama-sama explore...

Akan datang: Jom kita cuci mata koleksi majalah Australian Smocking & Embroidery Erpha, koleksi 'Rare Issue' yang Erpha ada dan kisah di sebalik majalah kesayangan Erpha.