Pianina (dan rakan2 blog lain yang berminat nak tau), Erpha cuba jelaskan sebaik yang mungkin k. Dan jika ada rakan blog lain yang sudi beri input, dipersilakan, (kak Pah? Nannie? Hany?)
What is Lining?
Semua rakan blog dah tahu yang lining ialah lapisan dalam pakaian yang diperbuat daripada kain nipis.
Why Lining a Smocked Dress?
Lining diperlukan bila kain yang digunakan untuk gaun smocking adalah dari jenis kain nipis contohnya cotton chiffon, cotton voile (kasa rubiah) dan polycotton (campuran polyester dan cotton).
Lining ~ Pros and Cons:
Selain daripada melindungi pakaian yang nipis, lining juga:
1. Menyokong gaun smocking yang 'berat'
Untuk contoh gaun ini, lining disertakan pada square yoke untuk menyokong panel yang sudah dipleat. Bahagian Bahu dan kolar diperkemaskan dan dijahit terlebih dahulu, dan untuk 'attach' lining, kena slipstitch pada pangkal panel smocking untuk mengukuhkan.
Cuba lihat kemasan dari luar, mini piping digunakan untuk lebih detail. Lihat square yoke, ia tidak lutsinar dan warna putih lebih solid dan terserlah.
2. Lining Melindungi Agar Lebih Tahan Lama
Gaun ini adalah gaun pertama (handpleated) saya untuk anak buah, Izzah Atirah. Ia telah dilining penuh (fully lined) untuk rekaan smocking penuh (full bodice smocking).
Untuk rekaan Marion Sitko ini, ia mempunyai elemen sulaman bunga yang banyak dan kecil. Jadi, lining diletakkan bertujuan untuk melindungi sulaman bunga dari dalam agar terpelihara semasa proses mencuci dan menjemur. Ramai berpendapat bahawa gaun smocking harus dibersihkan dengan cucian tangan namun hakikatnya sulaman smocking adalah sangat kukuh dan gaun smocking ok je bila diterbalikkan, dan menggunakan gentle cycle untuk cucian mesin.
Untuk gambar di atas, benang sulam disembunyikan di sebalik lining, agar gaun nampak kemas mahupun dari dalam.
3. Lining tidak diperlukan pada kain yang tebal
Untuk gaun ini, lining tidak disertakan memandangkan saya telah menggunakan jenis kain American cotton yang sememangnya tebal. Meskipun kain cotton 'sejuk' di badan, namun memandangkan cuaca tropika yang panas, memadailah jika gaun ini selapis je. Yang ni perlu cucian tangan untuk mengelakkan dari kedutan smocking jadi 'overstretch' kerana panel smocking tidak dilindungi.
Lihat kemasan di kolar Peter Pan. Gunakan teknik 'bias binding' untuk menggantikan lining.
Lihat kemasan dari luar. Sekali lagi, mini piping memainkan peranan yang penting untuk mencantumkan square yoke dan panel smocking. Square yoke mampu menyokong panel smocking yang berat dan warna juga tidak lutsinar kerana penggunaan kain jenis tebal.
4. Lining tidak diperlukan pada kain nipis untuk sundress (gaun bertali).
Gaun bertali atau sundress tidak memerlukan lining di dalam disebabkan rekaan itu sendiri. Kecuali untuk tujuan penjagaan, panel smocking itu sendiri adalah tebal hasil dari kedutan dan biasanya blaus bertali juga boleh dipadankan dengan seluar, jadi lining adalah tidak perlu. Namun, jika bahagian skirtnya lutsinar, petticoat atau kain dalam boleh dijahit secara berasingan dan boleh dipakai bila diperlukan.
Oops, yang ni tidak disertakan contoh...
Kesimpulannya, penggunaan lining sangat bergantung kepada jenis kain, stail dan cuaca. Harap Pianina berpuas hati dengan penjelasan Erpha. Mungkin lain kali Erpha boleh tunjukkan cara-cara menjahit gaun smocking berlining pula.

4 comments to make my day:
thanks erpha...info yang byk membantu..lepas nih saya tahu dah nak buat mcm mana..dan byk benda lagi yg saya perlu balajar..takpe..saya slow2 belajar dr majalah AS&E, blog kwn2 dan belajar dari pengalaman...thanks byk2...
salam kenalan, besnye pandai smocking. naiz baru berjinak2.
Pianina...
Kita sama-sama belajar k...
Naiz...
Salam berkenalan gak. Jom kita sama-sama explore! Good luck!
salam erpha ..me kak siti (sitiz omar) .. thanks for giving me an info tru phone n blog .. jgn jemu nnt kalau masih bertanya ye .. u'r really talented .. pregnant ye congrats .. hopefully nnt dpt bb girl blh jd modelkan .. mudah2an .. k jmp lg next time
Post a Comment