26.7.09

Sulam Manik dan Labuci

Erpha nak kongsikan hasil sulaman manik dan labuci yang telah Erpha siapkan untuk seorang cikgu ni.. Ringkas, sesuai untuk dipakai semasa mengajar.


Sulam Manik Beriring (Slanting Beads)



Yang ni dipanggil Sulam Kaki Lipan... Macam lampu lip-lap raya la pulak kan...


Yang ni hasil dari gabungan pelbagai teknik dengan menggunakan batu (gem), manik silinder, manik bulat dan labuci dari saiz besar dan kecil. Warnanya Erpha padankan dengan warna kain sarung Samarinda...


Semua teknik-teknik menyulam manik labuci ni Erpha kaut dan pelajari sendiri dari buku-buku tulisan Rosita Jaafar. Buku-buku ni sangat berguna kepada sesiapa yang ingin belajar sendiri, terutama bagi yang tak berpeluang untuk menghadiri mana-mana bengkel atau kelas sulaman manik...


Buku-buku ni dilengkapi dengan arahan bergambar yang jelas dan senang difahami. Satu pelaburan yang terbaik bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik menyulam.


1 comment:

Nannie said...

Salam ziarah erpha ,
Mesti sibuk sekarangkan banyak tempahan untuk raya. Cantik beading yang erpha buat ,sulam cabut Sarawak yg Erpha buat pun cantik dan kemas , kalau datang ke Kl boleh la kita jumpa ya , teringin saya nak jumpa ERpha sebab selama ni saya admire kat smocking yg Erpha jahit teringin pulak nak jumpa tuannya ..till then happy sewing..