25.7.09

Sulam Cabut Sarawak ~ Cabut Bunga Tanjung Pucuk Rebung

Agak lama juga Erpha tak update blog ni. Hari-hari yang dilalui pun memang semakin sibuk.

Waktu beroperasi di rumah seawal jam 7.30 pagi, in between, pantau kerja sekolah Alif, urus itu ini, makan tengah hari (terima kasih mak kerana memasak...) dan mungkin nak lelap barang sekejap, kemudian, sambung semula kerja-kerja menjahit sehinggalah pukul 5 petang. Tapi waktu-waktu peak season ni kenalah 'overtime' sampai pukul 6. Ketika suis mesin jahit dimatikan, kedengaranlah bunyi van dan kelihatan bapak yang baru balik dari memungut buah durian (musim buah durian..). Sebelah malam pula lebih kepada jahitan tangan dan sulam-menyulam..

Minggu ni Erpha rasa lega sikit sebab Baju Sulam Cabut dah siap lagi sepasang (walaupun masih ada lagi beberapa pasang yang tengah queue). Memang kebiasaannya, selain dari Kek Lapis Sarawak, baju Sulam Cabut Sarawak selalu dijadikan buah tangan atau ole-ole tanda kenang-kenangan bagi sesiapa yang pernah menetap di sini.

Kali ni Erpha nak tunjukkan serba sedikit tentang proses menyulam Cabut Bunga Tanjung Pucuk Rebung. Proses asas penyediaannya lebih kurang sama aje dengan Cabut Kipas. Baju ni Erpha buat khas untuk seorang cikgu yang berasal dari Kelantan.. Baik orangnya dan berbudi bahasa.



1) Contoh di atas ialah untuk hujung lengan dan juga untuk kaki baju. Ukur 2.0cm, 2 inci dari kaki baju (untuk kelim). Tarik urat benang 0.5cm di atas dan di bawah; 1.0cm di antaranya dibiarkan saja.


2) Apabila kerja-kerja menarik urat benang selesai, gunakan pensel dan pembaris untuk menanda 0.5cm dan 1.0cm secara melintang (crosswise), berselang seli. Dengan menggunakan gunting sulam, gunting dan tarik urat benang mengikut ukuran dan anda akan mendapati asas sulam ini berbentuk seperti di atas. Gunakan jarum peniti untuk menarik lebihan urat benang agar hasilnya kemas.

3) Untuk proses seterusnya, Erpha mula menyulam dengan menggunakan benang DMC perle cotton agar bunga tanjung terbentuk dengan 'mengisi' kotak-kotak tadi. Agak sukar untuk Erpha tunjukkan setiap langkah kerana sulam Cabut ni sememangnya sukar (tapi tak la terlalu sukar sekiranya kita ingin belajar).




4) Sulam Cabut Bunga Tanjung ni dihiasi dengan sulaman pucuk rebung pada bahagian atas dan bawah lelubang (eyelet).



Kalau diperhatikan konsep sulaman ni sangat mirip dengan Cabut Fadly (hybrid), cuma perbezaan saiz kekotak yang lebih kecil pada Cabut Fadly dan juga perbezaan pada pelengkapnya (finishing).



Baju Kurung dari kain polos bersulam Cabut dipadankan dengan kain sarung...


Dah siap...

8 comments:

Pianina said...

cantiknya..alangkah bagusnya jika saya pandai buat sulam begini..

kartini said...

biasanya berapa upah buat sulam mcam ni ye? 2m kain mmg cukup ke

MAGNIFICO said...

cantik..i like...

alex magnifico

yatie said...

kck le cabut bunga tanjung yg dah diubah suai. raye tahun ni nak buat utk anak bujang ku yg dua org tu. apa bunga lain yg ktk pandey gik..yg saya tauk stkt tok ialah bunga kipas, bunga raya klopak 4 dan 5...btk s n yg simple2 jak lah...nak tauk boleh tanya...

ieyzasayang said...

nak tahu cara jahit sulam serawak yang satu lagi.bukan cabut benang.

ieyzasayang said...

macam mana nak dapatkan buku sulam serawak tuu yer. saya mmg suka menjahit, tapi tak full time.

Erpha Ahdayani. said...

hi ieza,

buku sulam sarawak ni belum terbit lagi. ilmu ni diperturunkan oleh orang dulu2...

mimieain mohdamin said...

Assalammualaikum..
boleh ke saya nk share corak ini...? cantik corakni...biasa saya buat biasa jer....