26.7.09

Sulam Manik dan Labuci

Erpha nak kongsikan hasil sulaman manik dan labuci yang telah Erpha siapkan untuk seorang cikgu ni.. Ringkas, sesuai untuk dipakai semasa mengajar.


Sulam Manik Beriring (Slanting Beads)



Yang ni dipanggil Sulam Kaki Lipan... Macam lampu lip-lap raya la pulak kan...


Yang ni hasil dari gabungan pelbagai teknik dengan menggunakan batu (gem), manik silinder, manik bulat dan labuci dari saiz besar dan kecil. Warnanya Erpha padankan dengan warna kain sarung Samarinda...


Semua teknik-teknik menyulam manik labuci ni Erpha kaut dan pelajari sendiri dari buku-buku tulisan Rosita Jaafar. Buku-buku ni sangat berguna kepada sesiapa yang ingin belajar sendiri, terutama bagi yang tak berpeluang untuk menghadiri mana-mana bengkel atau kelas sulaman manik...


Buku-buku ni dilengkapi dengan arahan bergambar yang jelas dan senang difahami. Satu pelaburan yang terbaik bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik menyulam.


25.7.09

Sulam Cabut Sarawak ~ Cabut Bunga Tanjung Pucuk Rebung

Agak lama juga Erpha tak update blog ni. Hari-hari yang dilalui pun memang semakin sibuk.

Waktu beroperasi di rumah seawal jam 7.30 pagi, in between, pantau kerja sekolah Alif, urus itu ini, makan tengah hari (terima kasih mak kerana memasak...) dan mungkin nak lelap barang sekejap, kemudian, sambung semula kerja-kerja menjahit sehinggalah pukul 5 petang. Tapi waktu-waktu peak season ni kenalah 'overtime' sampai pukul 6. Ketika suis mesin jahit dimatikan, kedengaranlah bunyi van dan kelihatan bapak yang baru balik dari memungut buah durian (musim buah durian..). Sebelah malam pula lebih kepada jahitan tangan dan sulam-menyulam..

Minggu ni Erpha rasa lega sikit sebab Baju Sulam Cabut dah siap lagi sepasang (walaupun masih ada lagi beberapa pasang yang tengah queue). Memang kebiasaannya, selain dari Kek Lapis Sarawak, baju Sulam Cabut Sarawak selalu dijadikan buah tangan atau ole-ole tanda kenang-kenangan bagi sesiapa yang pernah menetap di sini.

Kali ni Erpha nak tunjukkan serba sedikit tentang proses menyulam Cabut Bunga Tanjung Pucuk Rebung. Proses asas penyediaannya lebih kurang sama aje dengan Cabut Kipas. Baju ni Erpha buat khas untuk seorang cikgu yang berasal dari Kelantan.. Baik orangnya dan berbudi bahasa.



1) Contoh di atas ialah untuk hujung lengan dan juga untuk kaki baju. Ukur 2.0cm, 2 inci dari kaki baju (untuk kelim). Tarik urat benang 0.5cm di atas dan di bawah; 1.0cm di antaranya dibiarkan saja.


2) Apabila kerja-kerja menarik urat benang selesai, gunakan pensel dan pembaris untuk menanda 0.5cm dan 1.0cm secara melintang (crosswise), berselang seli. Dengan menggunakan gunting sulam, gunting dan tarik urat benang mengikut ukuran dan anda akan mendapati asas sulam ini berbentuk seperti di atas. Gunakan jarum peniti untuk menarik lebihan urat benang agar hasilnya kemas.

3) Untuk proses seterusnya, Erpha mula menyulam dengan menggunakan benang DMC perle cotton agar bunga tanjung terbentuk dengan 'mengisi' kotak-kotak tadi. Agak sukar untuk Erpha tunjukkan setiap langkah kerana sulam Cabut ni sememangnya sukar (tapi tak la terlalu sukar sekiranya kita ingin belajar).




4) Sulam Cabut Bunga Tanjung ni dihiasi dengan sulaman pucuk rebung pada bahagian atas dan bawah lelubang (eyelet).



Kalau diperhatikan konsep sulaman ni sangat mirip dengan Cabut Fadly (hybrid), cuma perbezaan saiz kekotak yang lebih kecil pada Cabut Fadly dan juga perbezaan pada pelengkapnya (finishing).



Baju Kurung dari kain polos bersulam Cabut dipadankan dengan kain sarung...


Dah siap...

11.7.09

Sewing Notions for Embroidery

It's been a busy week and I'll get busier day by day, week by week until Hari Raya. I guess I could only update my blog once a week now and found these pix in my library... So I decided to write something about them... Jom baca!


1) Tailor's Wax - Yang kaler putih, berbuku macam sabun tu kita panggil wax. Wax ialah sejenis cairan dalam proses pembuatan lilin. If you can't find this, you can also use the candlestick. Kegunaannya, setelah benang dimasukkan pada mata jarum, lurutkan benang pada wax untuk menguatkan struktur benang dan supaya benang tidak mudah bersimpul semasa menyulam manik dan labuci. Also, very helpful when you bead while you smock.

2) Embroidery scissors - I've kept my scissors forever. Ada juga yang jenis mahal dan branded. Memang Erpha tak pernah tukar atau beli gunting sulam lain since the first day I learned embroidery. Bila tumpul, my hubby tolong asah... he2 (and I don't know how he did it). Gunting yang kecil ni sangat berguna bila Erpha perlu menggunting urat benang dengan tepat selain memudahkan proses mengetatkan dan memotong benang selepas membuat simpulan. Sila lihat contoh gambar di bawah. I need sharp pointed scissors to get the work done (Artikel Sulam Cabut ni akan Erpha poskan sedikit masa lagi).


3) From left, ni jarum sulam biasa. Jarum ni ada pelbagai saiz dan yang pasti mata jarumnya lebih besar untuk memudahkan kita memasukkan benang yang agak tebal, contohnya benang sulam DMC perle coton. Erpha gunakan jarum ni untuk Sulam Cabut.

4) Yang di tengah2, ok yang ni jarum untuk sulam manik. If you're a beginner you might not have seen this before but if you love sulam manik labuci, you got to have this. Beading needles ni memang halus dan panjang untuk memudahkan kita memasukkan manik sekecik manapun. Tapi Erpha tak rekomen guna jarum ni untuk smocking bermanik... terlalu halus, walaupun manik tu kecik.

5) A..ha.. Yang ni dipanggil Milliners.. Orang puteh panggil Straw needles. Jarum ni mempunyai ketebalan yang sekata, dari kepala hingga ke hujung. Fungsinya, untuk menghasilkan sulam bulllion yang caaanntikk dan kemas. Jarum ni memang sesuai untuk membuat bullion memandangkan saiznya yang sekata untuk memudahkan simpulan benang melepasi kepala jarum. Kalau bullion selalu tak menjadi, mungkin inilah penyebabnya ~ penggunaan jarum yang tidak sesuai. Lihat contoh2 sulam bullion Erpha under 'smocking lable'.

Well, some also prefer sharps but I'll just stick to these... Selain itu, hanya jarum jenis ni yang sesuai digunakan untuk beading dalam smocking.

For some other notions, of course we need hoop atau ram untuk mengetatkan fabrik semasa kita menyulam. Kalau pembaca perhatikan artikel Erpha dalam Sulam Cabut, you will find that my hoop nampak pelik. That's because Erpha gunakan cellaphone tape untuk melindungi fabrik supaya fabrik dan hasil sulaman tidak rosak. Melilit dengan pita jenis kain boleh menebalkan hoop dan menyukarkan kerja. So, I don't recommend it walaupun kebanyakan buku sulaman mencadangkan kita gunakan yang jenis kain.

Dan satu lagi.. thimble. Thimble ni melindungi jari kita semasa menyulam. But I don't use it sebab tak biasa... he2... Hilang keyakinan menyulam sebab tak dapat 'merasa' jarum dan benang...
So I guess that's all for now... Harap2 dapat menulis lagi lain kali. Sebelum Erpha berundur, singgah2 la selalu... Erpha akan tulis tentang Sulam Cabut Bunga Tanjung Pucuk Rebung pula... Adios...

1.7.09

Aunt Erpha Welcomes Aniqah

Nur Aniqah Izz Zayani

Pada 1 Julai 2009, Aniqah (yang bermaksud yang cantik lagi menawan) selamat dilahirkan di Hospital Miri. Tahniah daripada kekanda Erpha kepada adinda Agus dan adinda Rozmaria. Cucu perempuan kedua di dalam keluarga Othman ini sememangnya dinanti-nantikan oleh babah dan mamanya.

Syukur alhamdulillah, kepada Allah jua dipanjatkan rasa bersyukur kerana sememangnya pelbagai dugaan telah ditempuh dan kehadiran Aniqah bagaikan satu rahmat dan kesabaran selama ini rasanya terbalas dengan hanya menatap wajah comel ini...

Kepada Aniq (yang bermaksud yang tampan lagi menawan), tahniah kerana mendapat adik baru...

Berikut respons pertama setelah melihat dia...

"Hey rosy apple hey rosy..." - Aunt Rita a.k.a Wawa

"Aduh... Kenak mukanya gia glak..? Unexpected la..." - Aunt Erpha

"E-eh... Mak Bedah nak ke mana?" - Aunt Rimba

"Ee... Kacak mukanya...!" - Nenek lampuh

"Alif pun maok ada adek macam ya..." - Alif Harriz, my son