30.6.09

My Version of Moppet's Day Out ~ Complete



My client has requested this simple design with bows decorating the lower edge of the backsmocked yoke.
The white collars are adorned with two bows and edged with mini piping and cute laces.
I got these cute buttons and laces from Cottage Patch at Jalan Ampang and Alice has been very helpful to post them for me.

21.6.09

Sulam Cabut Sarawak ~ Cabut Kipas

Seperti yang dijanjikan, Erpha akan terangkan sedikit sebanyak tentang proses membuat Cabut Kipas pada Baju Kurung.

1. Terlebih dahulu, urat benang hendaklah ditarik secara melintang, dan gunting mengikut garisan tersebut untuk mendapatkan ira kain yang lurus sebelum memotong fabrik. Ini penting supaya kelim bahagian Baju Kurung, seperti pesak dan lengan baju bertemu dan tidak pula menyenget (sound complicated) setelah dijahit.






2. Bahagikan ira kain yang tertinggal dengan menggunakan teknik 'hem' seperti gambar di bawah (patience is mandatory here).






3. Apabila selesai, tapak telah tersedia untuk disulam cabut. Untuk Cabut Kipas, secara asasnya ia merupakan simpulan-simpulan yang dibuat pada ira kain yang telah dibahagikan.



4. Simpulan peringkat kedua. Peringkat ini diulangi sebanyak tiga kali untuk memenuhkan kesemua 'hem'.



5. Sebagai penyudah, sulamkan 'double feather stitch' pada atas dan bawah Cabut Kipas. Sulaman feather stitch akan melengkapkan Sulam Cabut dan menyembunyikan sulam 'hem'.





6. Apabila selesai, jahit tepi kaki baju dan kelim dengan jahitan tangan seperti biasa. Inilah hasilnya..




Quilt Tote Bag by Kak Pah


Seronoknya Erpha bila dah terima pesanan quilted tote bag buatan tangan Kak Pah... Hari tu Erpha nampak kain English rose dalam blog Kak Pah... So I requested one tote bag...

Komen tentang beg:

1. Fabrik yang cantik..

2. Jahitan yang kemas dan teliti.

3. Perincian beg yang simple yet practical.

4. Saiz yang ok... very spacious dan compartment pun kemas jahitannya.

Erpha tak berapa pandai sangat buat beg, so thanks so much Kak Pah for making this. Tengok isi beg tu, I've put my smocking project and a hoop for Sulam Cabut. Dalam canister biru ada jarum dan gunting sulam... :) Senang dibawa ke mana-mana dengan tote bag yang Kak Pah buat untuk Erpha...

Sulam Manik, Labuci dan Kristal ~ Baju Kurung Pesak Gantung



Inilah Baju Kurung Pesak Gantung yang baru Erpha siapkan... Nampak simple pada garis leher, so I decided to embellish a little bit...

Erpha letak batu (gem), manik dan labuci sikit2 dan campurkan semua tu lebih kurang je... Ada orang suka letak lebih panjang, ke bawah sedikit, so that when you put on the scarf, sulaman manik labuci masih nampak...


Baju Kurung Pesak Gantung, pesaknya ada dua bahagian, satu pesak atas dan satu lagi pesak bawah. Ia menirus di bahagian pinggang kemudian terus melebar ke pesak bawah thus giving the slimming effect kepada si pemakai.

19.6.09

Stress Management ~ Weather forecast by Dodo, the Official



I was touching up my Sulam Cabut when Dodo came in and climbed up Mak Usu's (He married my lil sis' cat, Bobo [boo-boo]) window. Peeking outside, perhaps checking out the weather, the radio reported that it's gonna be rain today... Glancing at him (his curly tail knocked my agging machine once), I couldn't help but to take pix of him worrying about the weather..

If you notice your pet, animals could predict the weather better than we humans. Hours before rain or thunderstorm, Dodo would normally stay indoor and then I will know about what's the weather gonna be that day.

Sulam Cabut Kipas

Here's a sneak peek of what I was doing while Dodo was peeking. Will post complete process of making this cabut... very soon.. :)

10.6.09

Selamat Ulang Tahun, Bapak!

Inilah dia, wajah kesayangan isteri,

Inilah dia, wajah kerinduan anak,

Inilah dia, wajah terhormat menantu,

Inilah dia, wajah kelucuan cucu,

Inilah dia, wajah keakraban teman-teman di kedai kopi,

Inilah dia, wajah paling manis,

Paling lucu,

Paling mudah bergurau-senda,

Paling senang disayangi,

Paling selalu dirindui,

Paling dihormati,

Dialah... Bapak Erpha. Selamat Ulang tahun bapak yang ke-66, sihat-sihatlah selalu bapak, bolehlah selalu melawat kebun-kebun dan dusun-dusun buah bapak. :) Happy birthday... 11.06.1943.

9.6.09

Sulam Cabut Sarawak

Introducing Cabut Fadly... sempena nama my little bro. I came up with this pattern few years back when he wanted Cabut Bunga Tanjung on his Baju Melayu. I thought Cabut Bunga Tanjung (see the pix on the side bar)is quite big on patch pockets so I modified it and inilah hasilnya.


Sulam Cabut Fadly


Me and Sulam Cabut


Cabut Fadly on the sleeve of Baju Melayu

I learnt Sulam Cabut about 17 years ago from an auntie di kampung Erpha. Kalau ada cuti-cuti panjang, Erpha tak lepaskan peluang untuk belajar menjahit dan sulam-menyulam. Bila dah meningkat remaja, Erpha terpaksa tinggalkan hobi Erpha sebentar untuk menyambung pelajaran ke UiTm (ITM back then). Only few years back, Erpha dokumenkan semula sulam2 cabut yang pernah Erpha pelajari supaya senang untuk Erpha rujuk balik.

Terdapat banyak jenis Sulam Cabut ni... dari yang paling simple (Needleweaving) hinggalah yang paling rumit, contohnya Cabut Kipas. Kalau anda berada di Sarawak, terutamanya di Kuching, Sulam Cabut biasanya dapat dilihat pada Baju Kurung mahupun pada Baju Melayu.

Sulam Cabut Fadly on the pockets

Erpha tabik sangat pada kaum wanita dulu-dulu kerana dengan adanya daya pemikiran kreatif mereka maka terhasillah needleart yang amat unik ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk generasi masa kini mempelajari semula seni ini atau paling tidak pun menghargai warisan seni nenek moyang mereka.

Buat masa sekarang, Erpha selitkan pattern Sulam Cabut variasi Erpha sendiri and next time Erpha akan tunjukkan contoh-contoh Sulam Cabut yang lain pula. :)

Happy viewing...