16.12.09

Calling All Smockers...

Salam all...

Sejak kebelakangan ni Erpha selalu menerima emel dari smocker friends bertanyakan tentang harga yang patut dikenakan pada gaun smocking yang dibuat untuk pelanggan.  Of course kita tak mengenakan apa-apa bayaran pun jika kita hanya buat gaun smocking untuk ahli keluarga sendiri tapi masalah mula timbul bila ada pelanggan yang merungut tentang harga sepasang baju smocking yang mahal...

Well, ada jugak website yang menjual gaun yang berkedut seolah-olah meniru sulaman smocking (buatan mesin) dan dijual dengan harga yang murah, namun Erpha pasti pelanggan bijak memilih... bergantung juga dengan bajet masing-masing kan... Tapi apa yang Erpha nak emphasize di sini, you all smockers, you should be proud with your product!  Smocking ni tersangat lah unik dan boleh dikatakan 'haute couture' (limited edition) jadi nilai baju smocking ni sudah tentulah didefinisikan pada harganya yang memang mahal...

Ok smockers... Di sini Erpha menjemput smocker friends untuk berkongsi dengan Erpha bagaimana Erpha meletakkan harga dan anda juga boleh bertukar idea macam mana nak tolong smocker friends kita yang underpaid... Kalau anda berminat, tinggalkan alamat emel anda di dalam comment atau emel kan pada Erpha input dan pendapat anda...

Setiap nilai sesuatu produk itu bergantung kepada faktor geografi (di Sarawak mungkin lebih mahal), kualiti, kos bahan mentah (fabrik dan lain2), caj perkhidmatan (in our case, smocking and embroidery itself dan upah menjahit gaun), masa yang diambil untuk menghasilkan dan lain-lain (cth, kos penghantaran).

Mungkin anda tidak perlulah terlalu spesifik dalam input yang diberi (cth, sulam bullion dari RM1.00 - RM2.00 sekuntum bergantung kepada saiz. Cth yang lain, caj smocking RM2.50 - RM3.00 untuk setiap baris).

Ok smockers... Emel lah Erpha for your input and opinion.  It's time to unite!

3.12.09

Bittersweet & Hard Candy

This will be my last showcase of my smocking collection.  I call this ~ Bittersweet & Hard Candy.  I couldn't capture the original colour of the fabric with my digital camera (how amateur!).

For those who love (and who don't) chocolate and candy will indulge their sweet tooth in my own way...


I decided to use an American cotton insert and embroidered tiny roses to make it 'pop'.  I unpicked the pleating threads 5 ~ 6cm at each side seam and let the pleats closely spaced.

28.11.09

My Smocking Tips (and others) Shared

Many have emailed asking questions.. er... like the following.  Assuming that you already know the troubleshooting and basic steps of pleating and smocking, let's check what I normally do..

1.  How do you get prepared for pleating?

Step 1 - Masukkan benang ke mata jarum pengedut dahulu.
Step 2 - Tarik urat benang secara melintang dan gunting mengikut urat benang untuk mendapatkan garis lurus.
Step 3 - Seterika kain yang hendak dikedut, walaupun ia tidak terlalu berkedut (wrinkles).
Step 4 - Gulung kain pada kayu penggulung dengan memastikan bahagian tepi sebelah atas kain (top raw edges) sentiasa lurus.

Rasional kain digulung kemudian adalah supaya kain boleh terus dikedut setelah digulung dan keputusannya anda akan mendapatkan hasil kedutan yang lurus dan tidak senget.

2.  Do I have to treat thin fabric differently?

Kain nipis yang lembik menghasilkan terlalu banyak kedutan yang tidak kukuh.  Sulaman smocking nampak tidak kemas jika dibandingkan dengan kedutan yang kukuh.  Untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh semburkan kain dengan campuran kanji dengan air (spray starch) agar kain menjadi keras sedikit sebelum mengedut. 

Satu lagi cara ialah dengan melekatkan kain gam (fusible interfacing) yang paling nipis pada sebelah dalam kain sebelum mengedut (untuk kain yang sangat nipis).  Anda akan mendapati setiap kedutan menjadi lebih kukuh dan senang disulam sementara hasil sulamannya pula lebih terserlah.

3.  The best preparation for very thin fabric with a lining.

Bagi kain nipis seperti Polycotton atau cotton voile, pilihan terbaik ialah dengan mengedut kain tersebut dengan kain lining (terbaik cotton lining) sekaligus.  Hasilnya, kedutan lebih stabil dan senang untuk disulam.

4.  What about crispy fabric like organza?

Gabungan kain organza dan kain biasa menghasilkan gaun smocking yang sesuai untuk majlis2 istimewa.  Cara terbaik ialah dengan menggunakan cara 3 di atas.  Selain itu, anda juga boleh mengedut dengan menggandakan jumlah jarum pengedut iaitu 'half space' (instead of full space) supaya hasil kedutan tidak menggelembung (puff out).

5.  For a closely-spaced pleating, 44" or 59" wide fabric is better?

Bidang kain yang biasa digunakan ialah 44".  Untuk menghasilkan kedutan yang rapat-rapat, anda gunakan bidang kain 59", namun bidang kain 44" boleh juga menghasilkan kedutan yang rapat-rapat (see my next project 'Bittersweet & Hard Candy' very soon) dengan menarik benang kedutan (unpicking) 5 ~ 6cm dari kedua-dua belah tepi kain (side seam).  Pilihan yang terakhir ialah dengan menyambungkan fabric dan helaian kain lain sebelum mengedut.

6.  What does a dummy do in making smocked gown?

Patung yang saya panggil dummy ni adalah sebenarnya dinamakan 'toddler dress form', merupakan pelaburan yang paling penting bagi seorang tukang jahit.  Fungsinya ialah untuk memadankan pakaian semasa proses menjahit.  Badannya yang diperbuat daripada kayu, dilapis dengan span nipis dan dibalut dengan kain jersi memudahkan 'test-garmenting' kerana kain boleh dipinkan padanya.  Dress form bukan 'display mannequin' seperti yang terdapat di butik2 pakaian tetapi ia juga boleh berfungsi seperti 'display mannequin'.

Disebabkan harganya yang agak mahal cuba cari saiz yang sesuai digunakan untuk semua, contohnya saya beli dress form saiz 5 tahun untuk baju smocking saiz 4 - 7 tahun.  Berbaloi kan?

7.  Secrets to succesful smocking?

Ceraikan setiap floss benang sebelum disatukan semula mengikut jumlah floss yang diperlukan.

Selalu mulakan sulaman dari tengah2 (centre) panel smocking.

Gunakan benang yang pendek (>< 30cm).  Jangan gunakan lebihan benang yang sama untuk memulakan sulaman smocking yang baru.  Mematikan benang adalah lebih baik daripada meneruskan sulaman tetapi dengan benang yang sudah lusuh.  Mematikan benang pada 'cable' adalah lebih bijak daripada mematikan pada 'trelis'.

8.  The number of floss I should use?

Gunakan 2 floss untuk 'backsmocking'.  Secara amnya, gunakan 3 floss benang untuk smocking biasa, 4 floss benang pada kain yang coraknya padat (busy) dan 6 floss benang untuk 'picture smocking'.

9.  What is the price of a handsmocked and hand embroidered gown?

 Di Sarawak, harga sepasang gaun smocking (tidak kira umur dan saiz) boleh mencecah hingga ratusan ringgit.  Harga menyulam smocking dan upah menjahit dikira secara berasingan untuk mendapatkan harga sebenar.  Selain itu, material yang digunakan juga mempengaruhi harga gaun tersebut.  Kualiti jahitan  dan kualiti sulaman adalah yang paling dititikberatkan.

10.  Last but not least (a personal question for me). What is your age?

 I understand why people email and ask me this question.  Even in other counties like US and Australia, not many young people enjoy this hobby and willing to learn, some not until they have their own little babies.   It normally grannies smock for their grandchildren.

If you are young and passionate in this hobby, raise your hand and pat your shoulder.  Be proud smockers!  In the meantime, grannies... please continue with your smocking and pass your skill to us!

Ohoh! I forgot! I am 32.  hehe...

Graduation Day

Last Thursday was my niece's Graduation Day... 






Izzah Atirah on the Graduation Day.  Besides the certificate of attending the kindergarten, she receives quite a number of prizes for her achievement.  Go go Atirah! :)

 

There she is, fourth from left.  Go go Atirah! :)




Atirah was in the third place for the 1st semester and the chinese characters above says that she obtained the second place in overall semester exams...

Pertandingan Tulisan Bahasa Cina - Champion
Pertandingan Mewarna - Champion
Pertandingan Tulisan Bahasa Inggeris - Second runner up
Ujian Semester Pertama - Third Place
Ujian Keseluruhan - Second Place

The Graduation was combined with its neighbour, Chinese primary school and was held in their school hall.  Izzah Atirah will be going to SJK Chung Hua next year which was her aunts' and uncle's old school.  Somehow this bring back my memory when I was young like her... Aunt Erpha used to take part in so many competitions and won so many prizes... and Aunt Erpha was so fond of dancing and singing and performing on stage... 


Izzah Atirah, standing with her proud mama (my dearest kindest sweetest sis) will be proud that she belongs to the school and for so many years that I haven't heard the school anthem, I was so touched that day that tears simply rolled down my cheek while the school anthem was sung.  Go go SRB Chung Hwa (SJK Chung Hua)!!!

Congratulations Izzah Atirah! Jia You! Ni Neng Zhuo De Dao De!!

18.11.09

Childhood Friend

This is my latest smocking design ~ Childhood Friend.

I create this babydoll dress for active little 2-year olds. The spacious room for growth will make sure this dress to be worn for a long long time; real investment for smart parents.
Let's check the interior...


I fused lightweight woven fusible interfacing on the wrong side of the front yoke to substitude the lining. Why is that... I believe this method is fabric savvy and the most effective way to support the heavy smocked panel.

Talk about colour combinations...

Somehow the combination of cream, maroon, and dark green brings back my memory to my childhood wild plant... Sprinkles of maroon cable flowerettes match with the tiny maroon motifs. I thought I wanted to embroider some bullion roses, but then, well... simplicity is the best policy.

14.11.09

Another Smocking Project

I call this design ~ Perfect Mauve.

It's a simple square yoke smocking design scattered with 3mm light pink pearls. Fabric used ~ mauve poly cotton, quite thin material so I've fully lined it with cotton lining for comfortable wear. No petticoat required. :)



This sleeveless dress has satin mini piping details around the neck and armhole binding. The cummerbund comes with wide sashes is suitable for older girls; this dress could be the best dress to wear on a special occasion.


I used blind zippers instead of buttons for this design, neat finishing for a sweet young lady.

My label sewn behind the zippers...
My dad's comments on this dress ~ "Very romantic". What do you think?

2.11.09

The Socialites



Amidst busy schedule and smocking projects I suddenly thought of my Barbies this morning so I took them out from my box and dressed them in their outfits when I first bought them.   I photographed them ~ all bare-footed on my mini ironing board and they seemed to coorporate..

It's sad that I'm not making new dresses for them anymore so just to make me feeI better I share with you more of their collections which I made... years ago..  :( 

My dear Barbie (unnamed yet) is wearing a halter-neck top with matching pencil skirt.  I think she looks sassy in those boots... 


Check out the back.  It's backless and there's a slit on the back skirt.  Hot and sexy!


Check these pyjamas out.  I've embroidered the top and topsitched with contrasting thread colour around the neckline and sleeves.  The pants are elasticized without any enclosure so she would just slipped them in (nightwear is supposed to be comfy, right?). 

I used to sew white velcro as an enclosure.  But then changed to zippers after getting some crash course from tiny zippers.  Using zippers are much better!


As you can see, velcros are thick and it's quite difficult for her to fit on the dollstand if I need her to stand.


Right after knowing about Tiny Zippers, I decided to make a dress for Melur, just a simple dress as taught by Lisa of Tiny Zippers.  Melur, as I named her, is a new version of Barbie doll and has quite smaller body compared to the old version. 



I can't have the tinyzippers as they are too expensive, talk about currency convertion and postage and handling.  So I improvised and rummaged the harbedashery and found some zippers with small sliders.  Well, it works for this dress!  I'm happy with the result.

All designs are coded and well kept in a clear holder, hopefully for future use. 

1.11.09

Come Out & Play!

I always ask my hubby to pick the fabric for my smocking projects and this time he chosed blue with very dense white daisy prints.  I name this design 'Come Out & Play!' ~ Suitable for robust little four-year olds... 



I love incorporating my smocking with one or two colours from the fabric colours.  The white collars with piping detail balance out the busy prints.  I think the daisies will make this design stand out so I embroidered some bullion daisies that are uniform. 



To create a smocking design like this, I create a smocking graph using Excel (I found that typical graph paper not much of help, and smocking design software is too expensive).  I have plenty of blank graph forms printed so I can use them whenever I need to.   

16.10.09

Me, Myself & My Smocking Magazines... (Part 3)

Untuk bahagian terakhir ini, jom kita jenguk-jenguk sebahagian lagi majalah kesayangan Erpha ni.

Sepintas lalu
Untuk pengetahuan rakan blog, bukan semua keluaran majalah terdahulu (Back Issues) AS&E merupakan Rare Issue. Ada pemilik kedai yang tidak tahu nilai majalah ni namun ramai juga yang meletakkan harga yang tinggi pada majalah terdahulu yang sebenarnya bukan dikategorikan sebagai Rare Issue. Jadi berhati-hatilah semasa membeli AS&E di kedai k...

Secara peribadi, Erpha suka sangat pada projek smocking yang ada dalam isu-isu 60-an kerana ia lebih bersifat 'tradisional' berbanding dengan keluaran 70-an dan terkini yang bercirikan moden dan kontemporari. Namun itulah yang dikatakan perubahan...

Jadi, mungkin koleksi yang anda miliki kini bakal menjadi Rare Issue dan harganya pun akan menjadi lebih mahal. Dan jika anda ternampak isu 60-an terjual di pasaran dengan harga biasa, jangan berfikir dua kali untuk mendapatkannya kerana sekarang ia sudah menjadi Rare Issue! Tidak lupa juga isu 70-an yang bakal menjadi Rare Issue tidak lama lagi.

Bercakap tentang isu 60-an dan 70-an ni, jom kita lihat di antara isu yang menjadi kegemaran Erpha...

Rare Issue #65
Erpha telah menyiapkan 2 projek smocking untuk anak-anak buah Erpha daripada isu ini. Erpha juga telah menyiapkan sehelai gaun smocking yang dihadiahkan khas sempena kelahiran baby selebriti kesayangan Erpha.

Rare Issue #60
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui rahsia Picture Smocking yang cantik, bolehlah mendapatkan petua berguna yang terdapat di dalam isu ni.
















Rare Issue #67
Isu ni popular dengan rekaan bishop ala oriental hasil rekaan orang Malaysia! Isu ni memang unik dan tersendiri.


















Di bawah ni Erpha sertakan isu-isu 70-an yang dijangka akan menjadi Rare Issue:
Issue #73 ~ Menampilkan stail klasik dan moden.

Issue #78 ~ Majalah pertama Erpha! Rekaan smocking yang unik, dan penuh dengan perincian yang tiada tandingannya. Setiap kali Erpha menatap helaiannya, terimbas kenangan silam pertama kali Erpha mengenali smocking.

Issue #79 ~ Isu ni mengetengahkan banyak projek smocking untuk anak gadis. Rekaan memang komplikated dan cantik!
Ada lagi... jom tengok isu-isu all time favourite Erpha!


Rare Issue #46 ~ Need I say more? Cantik!


Rare Issue #49 ~ Selain daripada rekaan smocking yang cantik, berguna kepada sesiapa yang nak tahu tentang smocking.


Issue #56 ~ Ketahui rahsia bagaimana menghasilkan sehelai gaun smocking yang sempurna daripada seorang pakar!
Issue #74 ~ Best, best dan best!
Issue #75 ~ Banyak memberi idea untuk menghasilkan pakaian smocking untuk baby...


Dan akhir sekali, check out the spine untuk isu-isu 80-an. Kecuali Isu#81, yang lain semuanya dah berlabel bermula dari Isu #80.
Ok ok, got to stop! Good luck to you all!

11.10.09

Me, Myself and My Smocking Magazines... (Part 2)

Salam semua...

Jom kita terus tinjau-tinjau koleksi Majalah smocking Erpha. Disebabkan hakcipta terpelihara yang membataskan Erpha untuk menyiarkan kandungan mukasurat majalah ini, Erpha cuma boleh berikan gambar muka depan majalah kesayangan Erpha nih...

Sejarah Ringkas
Pada awal penerbitannya, majalah hitam putih yang dulunya dikenali sebagai Australian Smocking ini mula diterbitkan pada tahun 1987. Kemudian, nama telah ditukarkan kepada Australian Smocking & Embroidery sehinggalah ke hari ini. Dengan keluaran terkini iaitu Issue #88, AS&E tetap menjadi bahan rujukan utama kepada peminat seni sulaman smocking di seluruh dunia.

Istilah Penting
Selain daripada isu terkini dan isu terdahulu (Back Issues), terdapat beberapa keluaran majalah AS&E yang dikategorikan sebagai 'Rare Issue'. Rare Issue adalah keluaran majalah terdahulu yang jarang didapati, atau tidak lagi diulangcetak namun, sentiasa mendapat permintaan daripada peminat smocking disebabkan oleh projek smocking yang terdapat di dalam majalah tersebut.

Bagi Erpha, setiap keluaran AS&E adalah unik kerana smocking sememangnya sebuah seni sulaman tangan yang tak lapuk dek hujan dan tak pula lekang dek panas. Jom kita tengok sebahagian daripada koleksi Rare Issues Erpha...

Sulam Cabut Sarawak ~ Cabut Pagar

Hi all...


I've finished yet another Sulam Cabut which I call 'Cabut Pagar'...



I used blue-grey satin saluna for this Baju Kurung to match with its Indonesian Batik skirt...



The basic technique is similar to Cabut Kipas but the embroidery technique itself is much simpler than Cabut Fadly or Cabut Kipas. The embroidery technique is called 'needleweaving' in certain European countries. I used three strands of DMC stranded cotton, and stripping each floss before combining them again and start doing the needleweaving.




If you look at the embroidery closely, this design is pretty much look like our traditional balustrade...

The finishing detail is two rows of feather stitches; similar to Cabut Kipas. I tried triple feather stitch but double feather stitch look more original and more beautiful.

Phew! Hope my client'll like the outcome. :)

10.10.09

Me, Myself and My Smocking Magazines... (Part 1)

Artikel ini ditulis khas untuk rakan-rakan blog yang sedang mencari-cari rujukan yang paling sesuai, paling lengkap dan paling tepat untuk memulakan atau mengukuhkan pengetahuan tentang smocking.

Salam semua...

Dah lama Erpha berhasrat nak kongsikan serba sedikit tentang koleksi majalah dan buku-buku smocking Erpha ni...


Erpha mula mengumpul majalah Australian Smocking & Embroidery (AS&E) ni semenjak Januari 2008 sehingga sekarang. Dan untuk koleksi Erpha yang ke-41 ni (Issue #88) hati Erpha gembira sangat kerana gambar hasil smocking dan tulisan Erpha telah diterbitkan di mukasurat 5 majalah tu! Happyyy sangat!!




Bagi yang nak berjinak-jinak dengan hobi yang unik ni, jom kita tour!

Langkah Pertama
Sekiranya anda berminat nak tahu segala-galanya tentang smocking, dan sukar pula untuk berguru, Erpha recommend buku ni sangat-sangat:

Oops! Bukan yang ni... :D


Ok, yang ni. Layak dengan tagline nya yang berbunyi 'Everything You Ever Wanted to Know About Smocking'. Buku ni memang boleh dikatakan 100% lengkap dan baru-baru ni buku ni telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu yang sememangnya semakin memudahkan.

Langkah Kedua
Bila dah berjaya buat asas smocking, anda mungkin memerlukan contoh-contoh projek dan saya sangat mengesyorkan agar anda mendapatkan majalah smocking Australian Smocking & Embroidery. Setiap projek memang lengkap dengan arahan, pattern dan cara-cara menjahit. Ini akan dikupas kemudian.

Langkah Ketiga
Tapi kalau nak puas hati lagi, anda bolehlah mendapatkan buku ni sebagai panduan menjahit pakaian yang sudah dismocking:

Buku ni memberi kita panduan lengkap tentang teknik-teknik menjahit gaun smocking agar ia menjadi sehelai gaun yang indah bukan sahaja kerana corak smockingnya tapi dilengkapi perincian lain seperti kolar Peter Pan, lengan bergelembung dan lain-lain.

Langkah Keempat

Kata orang, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Gaun smocking lebih terserlah keindahannya jika dihiasi dengan sulaman bunga-bungaan bullion. Majalah smocking ada memberikan panduan namun sekali lagi, jika anda betul-betul nak 'conquer' ilmu ni, anda bolehlah mendapatkan buku ni:




Buku ni mendedahkan bagaimana dengan mempelajari teknik asas sulaman bullion sahaja, anda mampu menghasilkan pelbagai jenis sulaman seperti bunga-bungaan, buah-buahan, serangga, binatang, dan banyak lagi.


Langkah Kelima
Ok, bila dah buat banyak projek smocking, sesekali anda mungkin terfikir untuk mengubah stail atau mungkin mengadaptasi pattern asal. Ini tentu sekali akan melibatkan teknik jahitan. Untuk memastikan hasil kerja tetap cantik (gaun smocking yang cantik ialah gabungan smocking dan teknik jahitan yang halus), anda boleh menghasilkan gaun seperti seorang profesional melalui buku ini:
Buku ni mengupas tentang tektik-teknik asas jahitan (yang semestinya lengkap) seperti cara-cara memasang zip sembunyi, cara-cara menjahit facing dan lining, kemasan kolar dan sebagainya.

Benarlah kata orang, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau dah minat, carilah dan pelajari ilmu itu sampai betul-betul boleh buat. Kenalah 'invest' sikit bagi yang berminat. Sesungguhnya ilmu Allah itu ibarat lautan di muka bumi ini... yang mampu kita terokai hanyalah setitis daripadanya... Marilah kita sama-sama explore...

Akan datang: Jom kita cuci mata koleksi majalah Australian Smocking & Embroidery Erpha, koleksi 'Rare Issue' yang Erpha ada dan kisah di sebalik majalah kesayangan Erpha.

20.9.09

Smocked Dresses ~ Lining Info

Hari tu Erpha dah janji kat Pianina tentang baju gaun smocking; sama ada perlu letak lining (lapisan kain nipis di dalam) ataupun tidak.

Pianina (dan rakan2 blog lain yang berminat nak tau), Erpha cuba jelaskan sebaik yang mungkin k. Dan jika ada rakan blog lain yang sudi beri input, dipersilakan, (kak Pah? Nannie? Hany?)

What is Lining?

Semua rakan blog dah tahu yang lining ialah lapisan dalam pakaian yang diperbuat daripada kain nipis.

Why Lining a Smocked Dress?

Lining diperlukan bila kain yang digunakan untuk gaun smocking adalah dari jenis kain nipis contohnya cotton chiffon, cotton voile (kasa rubiah) dan polycotton (campuran polyester dan cotton).

Lining ~ Pros and Cons:

Selain daripada melindungi pakaian yang nipis, lining juga:

1. Menyokong gaun smocking yang 'berat'



Untuk contoh gaun ini, lining disertakan pada square yoke untuk menyokong panel yang sudah dipleat. Bahagian Bahu dan kolar diperkemaskan dan dijahit terlebih dahulu, dan untuk 'attach' lining, kena slipstitch pada pangkal panel smocking untuk mengukuhkan.

Cuba lihat kemasan dari luar, mini piping digunakan untuk lebih detail. Lihat square yoke, ia tidak lutsinar dan warna putih lebih solid dan terserlah.


2. Lining Melindungi Agar Lebih Tahan Lama

Gaun ini adalah gaun pertama (handpleated) saya untuk anak buah, Izzah Atirah. Ia telah dilining penuh (fully lined) untuk rekaan smocking penuh (full bodice smocking).



Untuk rekaan Marion Sitko ini, ia mempunyai elemen sulaman bunga yang banyak dan kecil. Jadi, lining diletakkan bertujuan untuk melindungi sulaman bunga dari dalam agar terpelihara semasa proses mencuci dan menjemur. Ramai berpendapat bahawa gaun smocking harus dibersihkan dengan cucian tangan namun hakikatnya sulaman smocking adalah sangat kukuh dan gaun smocking ok je bila diterbalikkan, dan menggunakan gentle cycle untuk cucian mesin.

Untuk gambar di atas, benang sulam disembunyikan di sebalik lining, agar gaun nampak kemas mahupun dari dalam.

3. Lining tidak diperlukan pada kain yang tebal


Untuk gaun ini, lining tidak disertakan memandangkan saya telah menggunakan jenis kain American cotton yang sememangnya tebal. Meskipun kain cotton 'sejuk' di badan, namun memandangkan cuaca tropika yang panas, memadailah jika gaun ini selapis je. Yang ni perlu cucian tangan untuk mengelakkan dari kedutan smocking jadi 'overstretch' kerana panel smocking tidak dilindungi.


Lihat kemasan di kolar Peter Pan. Gunakan teknik 'bias binding' untuk menggantikan lining.
Lihat kemasan dari luar. Sekali lagi, mini piping memainkan peranan yang penting untuk mencantumkan square yoke dan panel smocking. Square yoke mampu menyokong panel smocking yang berat dan warna juga tidak lutsinar kerana penggunaan kain jenis tebal.

4. Lining tidak diperlukan pada kain nipis untuk sundress (gaun bertali).
Gaun bertali atau sundress tidak memerlukan lining di dalam disebabkan rekaan itu sendiri. Kecuali untuk tujuan penjagaan, panel smocking itu sendiri adalah tebal hasil dari kedutan dan biasanya blaus bertali juga boleh dipadankan dengan seluar, jadi lining adalah tidak perlu. Namun, jika bahagian skirtnya lutsinar, petticoat atau kain dalam boleh dijahit secara berasingan dan boleh dipakai bila diperlukan.

Oops, yang ni tidak disertakan contoh...


Kesimpulannya, penggunaan lining sangat bergantung kepada jenis kain, stail dan cuaca. Harap Pianina berpuas hati dengan penjelasan Erpha. Mungkin lain kali Erpha boleh tunjukkan cara-cara menjahit gaun smocking berlining pula.